Sunday, December 23, 2007

Tinta Hikmah

Kata-kata al-Hakim
Wahai anakku,ketahuilah
sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam
bila engkau ingin selamat dari karam
layarilah lautan ini dengan sampan
yang bernama taqwa
dan isinya iman
dan layarnya tawakkal kepada Maha Pencipta

Bayi Tabung uji menurut sains

BAYI TABUNG UJI
MENURUT PERSPEKTIF SAINS
AHMAD SHUIB YAHAYA
Program Thaqafah Online PERUBATAN 2005
30 Mac 2005
2
1. PENDAHULUAN
1.1 Kelahiran Louise Brown melalui persenyawaan luar rahim (In Vitro Fertilization)
pada 1978 membuka lembaran baru dan merupakan batu loncatan dalam dunia
rawatan reproduksi. Peristiwa berkenaan telah mengubah pilihan rawatan bagi
pasangan yang menghadapi masalah ketidak suburan. Setelah itu, teknik-teknik
penggalak hamil telah berkembang begitu pesat sekali. Dalam tempoh singkat 20
tahun, IVF telah menjadi subjek atau perkara utama dalam teknologi pembiakan
dan klinik-klinik terutamanya di negara maju kini telah melakukan teknik-teknik
rutin yang segenerasi lalu hanya menjadi bualan fiksyen sains.
1.2 InsyaAllah, kertas kerja ini akan menolong kita sama-sama memahami secara
asas tentang beberapa “teknologi reproduksi bantuan” (Assisted Reproduction
Technology) yang berkaitan dengan BAYI TABUNG UJI antaranya:
1.2(a) Persenyawaan Luar Rahim (IVF) (=>?@ABC =D@EFGHC IJKLMBC)
1.2(b) Pemindahan Gamet Dalam Fallopio atau Gamet Intra-Fallopian Transfer
(GIFT) (NOB@P Q@ER SBC T@FJU@VBC WMX)
1.2(c) Penyimpanan dan Pendermaan Sperma, Ovum (telur) dan Embrio
1.2(d) Diagnosis Genetik pra-penempelan atau Preimplantation Genetic
Diagnosis (PGD) dan pemilihan jantina bayi
1.2(e) Ibu Tumpang (QZ>[M\]BC ^_C)
1.2(f) Permanian Beradas (Artificial Inseminatio/Intra-Uterine Insemination-IUI)
1.3 Semoga kertas kerja ini dapat memberi pemahaman atau setida-tidaknya
gambaran tentang topik bayi tabung uji ini secara saintifik dan khususnya untuk
para penuntut Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, agar dapat memahami
perkara ini dengan jelas supaya sebarang pandangan dan kajian hukum
mengenainya dapat dilaksanakan dengan baik.
2. DEFINISI
2.1 BAYI TABUNG UJI
2.1(a) bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada persenyawaan
ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu. (rujukan:
Kamus Jururawat BI-BM, Fajar Bakti)
3. SEJARAH
3.1 Kaedah kelahiran bayi tabung uji melalui teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF)
berjaya dilakukan pada mulanya ke atas haiwan. Orang pertama
bertanggungjawab melaksanakannya adalah Dr. Shang di Boston, US pada tahun
1959 yang telah berjaya dengan teknik IVF ke atas arnab (menggunakan sperma
dan telur arnab lalu dimasukkan ke dalam rahim arnab).
3
3.2 Kejayaan seterusnya dilakukan ke atas tikus pada 1968.
3.3 Pakar pertama melakukan kaedah IVF ini ke atas manusia adalah Dr. Robert
Edwards pada tahun 1965 dan usaha yang membawa kehamilan pertama berjaya
dilakukan pada tahun 1976. Malangnya, kehamilan tidak normal berlaku iaitu
kehamilan ektopik (embrio tertempel pada tiub Fallopio atau salur rahim) dan
pembedahan terpaksa dilakukan bagi memotong tiub berkenaan.
3.4 Pada 11.47pm, 25 Julai 1978 di Oldham General Hospital, England, lahirnya
bayi tabung uji pertama dalam sejarah dunia, Louise Brown atas usaha (Prof) Dr.
Robert Edwards di samping Dr Patrick Steptoe. Kejayaan tersebut terhasil
selepas 100 percubaan menemui kegagalan.
3.5 Selepas detik kelahiran Louise Brown, pelbagai teknik baru berkaitan IVF dan
bayi tabung uji diperkenalkan dan lahir pusat-pusat serta klinik yang menawarkan
teknik ini kepada pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Dan sejak itu,
lebih sejuta kelahiran melalui IVF telah direkodkan di hampir setiap negara
seluruh dunia.
4. IVF (+,-./01 +2.34561 789:;01)
4.1 SEKILAS PANDANG
4.1(a) IVF (In Vitro Fertilization) atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi
Teknologi Pembiakan Gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secara asasnya,
teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki dan ovum (telur)
perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang sesuai.
Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim.
4.1(b) Langkah asas dalam teknik IVF:
(i) Pengovulasian (merangsang ovari supaya menghasilkan lebih dari satu
ovum atau telur untuk satu kitar haid)
(ii) Pengeluaran telur
(iii) Persenyawaan
(iv) Pengkulturan embrio
(v) Pemindahan embrio
4.2 KENAPA IVF?
4.2(a) IVF adalah salah satu pilihan bagi pasangan yang menghadapi pelbagai masalah
kesuburan. Teknik ini membolehkan para doktor melaksanakan proses yang
sepatutnya berlaku atas kelamin.
4.2(b) Pada mulanya, teknik IVF ini hanya dilaksanakan dalam keadaan tiub Fallopio
perempuan yang tersekat, musnah atau tiada langsung.
4
4.2(c) Kini, secara praktikal, IVF digunakan bagi mengatasi masalah kemandulan yang
berpunca dari pelbagai masalah lain. Antaranya:
(i) endometriosis (tisu rahim yang tidak nomal-wujud di luar rahim)
(ii) masalah imunisasi (daya tahan badan)
(iii) kemandulan yang tidak diketahui puncanya
(iv) kemandulan yang berkaitan dengan lelaki.
4.3 UJIAN SEBELUM MELAKUKAN IVF
4.3(a) Untuk melaksanakan IVF, hanya tiga perkara diperlukan:
(i) Telur atau Ovum
(ii) Sperma
(iii) Rahim atau Uterus
4.3(b) Sebelum melakukan kaedah tersebut, pakar perubatan akan melaksanakan
beberapa ujian:
(i) Ujian Ketahanan Sperma. Ujian ini dilakukan dengan cara mengeluarkan
mani menggunakan cara sama yang akan digunakan dalam proses sebenar
(misalnya secara masturbasi). Ujian ini bertujuan untuk memeriksa
samada bilangan sperma yang ada dalam cecair mani lelaki mencukupi
untuk proses IVF. Ujian ini juga penting bagi memilih kaedah yang sesuai
digunakan dalam makmal bagi mengendalikan sperma untuk proses IVF.
(ii) Ujian hormon FSH dalam darah. FSH adalah hormon yang
bertanggungjawab merangsang pengeluaran telur. Ujian ini bertujuan
memastikan ovari mampu mengeluarkan telur yang cukup selepas proses
pengovulasian. Untuk wanita yang berumur, ada ujian lain dilakukan. Jika
didapati tanda awal kegagalan ovari, mungkin telur penderma perlu
digunakan.
(iii) Ujian hysteroscopy. Ujian ini dilakukan bagi memastikan ruang rahim
betul-betul normal. Beberapa klinik juga akan menjalankan ujian swab test
(pengambilan cecair dari faraj) untuk mengesan jangkitan yang terdapat
pada serviks (pangkal rahim).
(iv) Bagi lelaki yang menghadapi masalah mengeluarkan air mani apabila
diperlukan, klinik boleh membekukan sampel mani dan menyimpannya
sebagai langkah berjaga-jaga. Ini bagi memastikan proses IVF tidak
tergendala kerana masalah bekalan mani yang terputus.
(v) Beberapa ujian darah. Antara ujian yang dilakukan adalah ujian ketahanan
rubella, ujian Hepatitis B dan ujian AIDS.
5
4.3(c) Pesakit yang memiliki peluang kejayaan IVF yang rendah:
(i) Wanita berumur yang menghadapi masalah kegagalan ovari. Umur
merupakan antara faktor utama menentukan kejayaan IVF. Sesetengah
Pusat Rawatan mengehadkan umur wanita 45 tahun untuk menerima
rawatan. Walaupun sudah ada rekod wanita yang menopause (putus haid)
berjaya hamil dengan kaedah IVF, tetapi menggunakan telur derma.
(ii) Pasangan lelaki yang mempunya bilangan sperma yang amat rendah.
Kebanyakan klinik hanya melaksanakan kaedah IVF ini ke atas lelaki
yang memiliki bilangan sperma aktif melebihi 3 juta. Jika bilangan lebih
rendah dari 3 juta, ICSI (suntikan mikro) boleh dilakukan sebagai pilihan
yang baik.
(iii) Wanita yang mempunyai rahim yang rosak (misalnya kerana tuberculosis
atau TB) kerana peluang kejayaan penempelan embrio (lalu menyebabkan
kehamilan) amat rendah.
4.4 LANGKAH ASAS DALAM IVF
4.4(a) PENGOVULASIAN ATAU PENGGALAK OVULASI
(i) Semasa proses penggalak ovulasi, beberapa jenis ubat (drugs) digunakan
bagi menggalakkan ovari menghasilkan beberapa ovum atau telur matang
berbanding hanya satu untuk setiap bulan dalam keadaan normal. Ini
dilakukan kerana peluang kehamilan akan meningkat jika lebih banyak
telur tersenyawa dimasukkan ke dalam rahim dalam proses rawatan IVF.
Antara drug/hormon yang sering digunakan adalah HMG, FSH, HCG dan
GnRH.
(ii) Pengimejan Ultrabunyi (Ultrasound scan) dilakukan pada hari ketiga
untuk memastikan tidak berlaku radang atau masalah lain pada ovari.
Sepanjang proses pengovulasian ini juga, keadaan ovari dan hormonhormon
sentiasa dikawal bagi mengesan sebarang masalah yang timbul.
(iii) Dengan pengawasan keadaan ovari dan kandungan hormon, masa matang
telur-telur dapat dianggar. Ini membolehkan telur matang dikeluarkan
pada masa yang sesuai. Masa biasa untuk mengambil telur matang adalah
36-39 jam selepas drug atau hormon disuntik.
(iv) Kegagalan teknik IVF boleh berlaku jika pengovulasian tidak
menghasilkan bilangan telur yang mencukupi. Antara sebabnya adalah
kegagalan ovari memberi tindak balas dan keadaan ini lebih biasa berlaku
ke atas wanita berumur.
6
(v) Tetapi, jika pengeluaran telur yang terlalu banyak juga boleh menjadi
penyebab proses rawatan IVF dibatalkan. Hal ini demikian kerana risiko
sindrom hiperstimulasi (hyperstimulation syndrome) menjadi sangat tinggi.
4.4(b) PENGELUARAN TELUR
(i) Pengumpulan telur dilakukan menggunakan kaedah ultrabunyi sebagai
panduan. Proses ini merupakan satu pembedahan kecil di bawah pelalian
(local anaesthetic). Prob ultrabunyi beserta jarum khas dimasukkan
melalui faraj. Telur-telur matang kelihatan pada skrin sebagai bulatan
hitam.
(ii) Cecair folikel yang mengandungi telur matang kemudiannya disedut ke
dalam jarum khas kemudian ke dalam tabung uji, sebiji demi sebiji.
Teknik yang memerlukan kemahiran tinggi ini mengambil masa antara 10
hingga 40 minit, bergantung kepada bilangan telur yang ada. Secara purata,
sebanyak 4 hingga 16 biji telur dikumpul dari setiap pesakit.
(iii) Cara lama untuk proses ini adalah menggunakan laparoskopi (jarum khas
dimasukkan melalui lubang yang ditebuk pada abdomen).
4.4(c) PROSES PERMANIAN, PERSENYAWAAN DAN PENGKULTURAN
EMBRIO
(i) PERMANIAN
• Cecair folikel (bersama telur) yang dikumpul segera dibawa ke
makmal dan akan diperiksa oleh ahli embriologi untuk mengenal
pasti telur-telur. Telur-telur akan dipindahkan ke dalam incubator
dan sperma akan ditambah kepadanya (proses permanian).
Permanian boleh dilakukan sebaik selepas proses pengeluaran telur
tetapi biasanya dialakukan selepas 2 hingga 6 jam.
• Suami biasanya akan menyediakan air mani pada hari telur
dikeluarkan. Sperma kemudiannya diasingkan dan digunakan
untuk mempersenyawa telur-telur. Segelintir lelaki akan
menghadapai masalah mengeluarkan air mani pada masa yang
diperlukan disebabkan faktor-faktor tekanan dan sebagainya.
Antara pilihan yang ada adalah menggunakan sperma yang telah
disejuk beku lebih awal.
• Bagi lelaki yang menghadapi masalah erectile dysfunction,, Viagra
(sildenafil citrate) boleh digunakan. Juga untuk penegangan, alat
gegaran (vibrator) biasa digunakan. Tetapi, kebiasaannya,
7
kebanyakan Pusat Rawatan akan menggunakan kaedah Sperm
Aspiration (menyedut sperma terus dari testis)
(ii) PERSENYAWAAN
• Sejumlah sperma (biasanya 100 000 sperma per ml) diletakkan
bersama setiap biji telur dalam piring berasingan. Piring tersebut
mengandungi medium kultur khas untuk IVF. Piring diletakkan
dalam incubator karbon dioksida dengan suhu 37 darjah Celsius
(suhu badan). Kandungan kultur dan keadaan persekitaran direka
untuk menyamai medium dan keadaan dalam tiub Fallopio (di
mana persenyawaan normal berlaku dalam tubuh) bagi
membolehkan proses persenyawaan dan perkembangan embrio
berlaku dengan normal.
• 18 jam selepas permanian, pakar embriologi akan memeriksa dan
memilih sampel telur yang tersenyawa. Sampel yang gagal akan
dibuang atau digunakan untuk penyelidikan Kejayaan atau
kegagalan dalam proses persenyawaan ini masih tidak dapat
dikawal oleh pakar. Cuma beberapa faktor dikenal pasti
menyebabkan kadar kejayaan rendah. Antaranya adalah masalah
makmal, masalah sperma atau masalah telur.
(iii) PENGKULTURAN
• Embrio yang telah disenyawakan dengan normal akan dibiar dalam
keadaan kultur. Mereka akan terus membahagi dan kualiti akan
dinilai selepas 24 jam. Embrio berkualiti akan membahagi dengan
pantas dan embrio yang sihat biasanya mempunyai 2 hingga 4 sel
sama saiz.
• Kedapatan para pesakit yang bimbang telur, sperma atau embrio
mereka bercampur dengan milik orang lain. Risiko ini memang
boleh berlaku, tetapi hari ini, dengan adanya makmal-makmal
canggih dan sofistikated, ianya amat rendah.
• Selepas 48 hingga 72 jam apabila embrio biasanya terdiri daripada
2 hingga 8 sel, embrio berkenaan sudah bersedia untuk
dipindahkan ke dalam rahim wanita.
4.4(d) PEMINDAHAN EMBRIO
(i) Pemindahan embrio biasanya dilakukan sebagai kaedah mudah. Biasanya,
tiada anaesthetic digunakan. Walau bagaimanapun, segelintir wanita
mungkin meminta sedikit pelalian.
(ii) Kaedah pemindahan dilakukan dalam keadaan wanita berkenaan berbaring
di atas katil atau meja dengan kaki dilipat. Menggunakan speculum vagina,
8
doktor akan membuka bukaan rahim. Satu atau lebih embrio dalam cecair
kultur akan dipindahkan ke dalam caterer (tiub panjang, halus yang telah
disteril) yang mempunyai penyedut pada satu hujung. Dengan cermat,
doktor akan memasukkan hujung caterer berkenaan ke dalam serviks lalu
menyalurkan cecair mengandungi embrio ke dalam rahim. Proses ini
biasanya memakan masa 10 hingga 20 minit diikuti rehat beberapa jam
dalam keadaan berbaring.
(iii) Jika embrio yang dipindahkan berkualiti rendah, ia hanya akan
merendahkan risiko kehamilan. Anak yang terhasil, jika hamil dari embrio
berkualiti rendah berkenaan tidak menyebabkan anak dilahirkan cacat.
(iv) Antara konflik yang dihadapi dalam IVF adalah berapa embrio yang perlu
dipindahkan ke dalam rahim wanita? Kebanyakan klinik kini
mengehadkan bilangankepada tiga embrio sekali pemindahan. Malah,
terdapat beberapa klinik yang memindahkan hanya satu embrio untuk
setiap proses pemindahan.
Perkara ini menjadi konflik kerana pemindahan lebih banyak akan
meningkatkan peluang kehamilan tetapi juga meningkatkan risiko
kehamilan berbilang (kembar).
(v) Secara teorinya dan praktikalnya, rawatan IVF akan tamat setakat ini.
Proses kehamilan seterusnya berlaku secara biasa jika berjaya.
4.5 KUNCI KEJAYAAN IVF
4.5(a) Antara kunci kejayaan IVF ini adalah:
(i) Lebih satu telur dihasilkan
(ii) Telur-telur yang terhasil mesti matang
(iii) Ovulasi tidak berlaku sebelum telur-telur dapat dikumpul
(iv) Telur berada pada kedudukan yang sesuai untuk dikumpul
(v) Sperma perlu mempersenyawakan sekurang-kurangnya satu telur
(vi) Telur yang tersenyawa mesti membahagi dan membesar dengan normal
(vii) Embrio dapat menempel pada dinding rahim
4.5(b) Secara amnya, peratus kejayaan rawatan IVF adalah lebih kurang 75% (berbezabeza
bergantung kepada klinik atau pusat rawatan)
4.6 MASALAH PENEMPELAN (Mengapa tidak semua embrio menghasilkan
anak?)
4.6(a) Antara masalah utama dalam kaedah IVF adalah embrio yang dipindahkan tidak
berjaya menempel pada dinding rahim. Meskipun embrio yang terhasil kini boleh
9
dianggap berkualiti hasil daripada makmal moden hari ini, tetapi proses
penempelan tetap sukar diakawal kerana ianya merupakan satu proses yang
kompleks. Kita tidak dapat mengenal pasti embrio mana satu yang akan menjadi
bayi.
4.6(b) Secara purata, hanya 10% daripada embrio yang dipindah ke dalam rahim berjaya
menghasilkan anak. Hal ini ada kaitan dengan teknologi kini yang tidak mampu
memahami bagaimana proses penempelan dikawal. Kini, antara bidang kajian
paling utama di kalangan pakar reproduksi adalah penempelan embrio. Apabila
proses ini dapat difahami dan dapat dikawal, teknik IVF akan menjadi lebih
berkesan.
5. PEMBEKUAN
5.1 PEMBEKUAN EMBRIO
5.1(a) Teknologi ini membenarkan embrio yang terhasil dari proses IVF disimpan untuk
jangka masa panjang kemudian diguna semula kelak apabila diperlukan. Untuk
tujuan ini, embrio-embrio biasanya dibekukan dalam nitrogen cecair (-196 darjah
Celsius). Embrio beku mempunyai kualiti yang sama dengan embrio segar. Para
doktor biasanya menasihatkan agar embrio dibekukan daripada dibuang. Hal ini
demikian kerana proses menyimpan embrio ini lebih murah dan berkesan
daripada memulakan proses penghasilan embrio baru.
5.1(b) Antara tujuan menyimpan beku embrio ini adalah:
(i) sebagai simpanan untuk kelahiran seterusnya
(ii) untuk tujuan kajian dan penyelidikan
(iii) tujuan pendermaan
5.1(c) Biasanya, hanya separuh daripada embrio yang dibekukan akan tahan hingga
bertahun-tahun. Namun begitu, embrio yang masih tahan adalah selamat dan tidak
menjadi sebab kecacatan atau apa-apa masalah kepada IVF.
5.2 TELUR BEKU
5.2(a) Sebenarnya kita masih belum mampu untuk membekukan telur yang belum
tersenyawa. Tetapi teknik terkini dipanggil pengacaan (vetrification)
membolehkan langkah ini ditawarkan pada masa hadapan. Keadaan ini akan
membenarkan simpanan telur dan juga bank telur.
6. GIFT
10
6.1 SEKILAS PANDANG
6.1(a) GIFT mewakili Gamete Intrafallopian Transfer (Pemindahan Gamet Ke Dalam
Salur Rahim). Gamet adalah sperma lelaki atau telur perempuan. Dalam proses
GIFT, sperma dan telur akan dicampur dan kemudian disuntik ke dalam salur
rahim (tiub Fallopio). Selepas dipindahkan, gamet-gamet akan tersenyawa seperti
proses normal dalam tubuh badan tanpa bantuan reproduksi. Selepas
persenyawaan, embrio akan bergerak ke dalam rahim seperti biasa dan begitu
seterusnya kehamilan normal berlaku.
6.2 MENGAPA GIFT?
6.2(a) GIFT hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur
rahim normal. Antara faktor yang menyebabkan GIFT menjadi pilihan adalah:
(i) Wanita yang menghadapi masalah kemandulan yang tidak diketahui
puncanya.
(ii) Wanita yang menghidap endometriosis yang tidak begitu serius.
(iii) Kemandulan lelaki (seperti sperma tersekat)
(iv) Kemandulan yang disebabkan masalah serviks (bukaan rahim) atau
masalah imunisasi.
6.2(b) Untuk lelaki yang menghadapi masalah kemandulan, GIFT hanya dicadangkan
apabila telah pasti bahawa spermanya mampu mempersenyawakan telur
pasangannya. Kepastian boleh diperolehi melalui IVF atau melalui kehamilan
lepas.
6.3 LANGKAH ASAS DALAM GIFT
Langkah asas dalam GIFT adalah pengovulasian, pengeluaran telur, permanian dan
pemindahan.
6.3(a) Pengovulasian
Proses penggalak ovulasi dalam GIFT adalah sama dengan proses dalam IVF
6.3(b) Pengeluaran Telur
Pengeluaran telur biasanya dilakukan melalui kaedah laparoskopi
6.3(c) Permanian
Kaedah mengeluarkan air mani dari lelaki adalah sama dengan apa yang
dilakukan dalam IVF. Telur yang dikeluarkan tadi diperiksa di bawah mikroskop
11
dan telur yang telah dipilih kemudian diletakkan dalam piring berasingan. Sperma
kemudian dicampurkan ke dalam piring dan dibiar selama 10 minit.
6.3(d) Pemindahan
Campuran tadi kemudiannya dipindahkan ke dalam salur rahim (sebelah atau
kedua-dua). Terdapat juga para doktor yang memindahkan telur dan sperma
secara berasingan ke dalam salur rahim.
Pemindahan dilakukan menggunakan caterer khas. GIFT hanya dilakukan ke atas
wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur rahim yang normal. Jika
salur didapati rosak, IVF perlu dilakukan, bukannya GIFT.
6.4 KADAR KEHAMILAN DALAM GIFT
6.4(a) Para pakar bersetuju bahawa kini, kadar kehamilan adalah lebih kurang sama
antara GIFT dan IVF. Beberapa tahun lalu, GIFT mempunyai kadar kejayaan
lebih tinggi, tetapi kini, medium yang sesuai dapat disediakan oleh makmal untuk
proses IVF menjadikan persekitaran in vitro adalah lebih kurang sama dengan
dalam tubuh.
6.4(b) Advantej teknik GIFT adalah:
(i) Tiub Fallopio (salur rahim) bertindak sebagai makmal semulajadi
(ii) Embrio akan sampai ke rahim pada waktu yang sepatutnya
(iii) Prosedur ini lebih diterima oleh etika dan sesetengah agama kerana
persenyawaan berlaku dalam tubuh berbanding in vitro
(iv) Endometrium (dinding rahim) akan lebih bersedia menerima penempelan
embrio.
6.5 GIFT VAGINA (FARAJ)
6.5(a) Antara kelemahan utama GIFT adalah ianya membabitkan pembedahan
(laparoskopi). Tetapi, teknologi baru yang diperkenalkan tidak memerlukan
proses pembedahan. Gamet dipindah ke dalam salur rahim melalui faraj
menggunakan panduan ultra bunyi. Tiada pembedahan diperlukan, jadi tiada parut
dan tiada pelalian. Tetapi kadar kehamilan adalah rendah berbanding kaedah
laparoskopi.
6.6 JENIS-JENIS GIFT
6.6(a) ZIFT
ZIFT (zygote intrafalloipian transfer) juga dipanggil PROST (pronuclear stage
transfer). Dalam kaedah ini, telur dan sperma dibiar selama 14 jam, membolehkan
zigot dengan dua pronukleus terbentuk. Selepas persenyawaan itu, zigot
dipindahkan ke dalam salur rahim.
12
6.6(b) TET
Dalam TET (tubal embrio transfer), zigot dibiar selama 24 jam setelah
pronukleus terbentuk. Setelah tempoh itu, embrio yang mempunyai dua sel
terbentuk (selepas proses belahan berlaku). Embrio itu kemudiannya dipindahkan
ke dalam salur rahim.
7. PERBEZAAN ANTARA GIFT DAN IVF
7.1 GIFT memerlukan sekurang-kurangnya sebelah salur rahim yang sihat dan
normal sementara IVF adalah rawatan yang sesuai untuk wanita yang menghadapi
kemandulan disebabkan salur rahim yang rosak, tersekat atau tanpa salur
langsung.
7.2 GIFT memerlukan teknik lapasorkopi sementara IVF tidak memerlukannya untuk
menyempurnakan rawatan.
7.3 Dalam GIFT, proses persenyawaan berlaku dalam badan tanpa diselia oleh
makmal manakala dalam IVF, persenyawaan berlaku dalam piring dan boleh
diperiksa di bawah mikroskop. Namun teknik-teknik alternatif bagi GIFT (ZIFT,
PROST dan TET) membolehkan kedua-dua kaedah ini digabungkan.
7.4 Kini, proses GIFT kurang diminati dan dipilih kerana prosesnya lebih rumit, serta
memerlukan kos yang lebih berbanding rawatan IVF.
8. RAWATAN BAYI TABUNG UJI DI MALAYSIA
8.1 KEMUDAHAN RAWATAN REPRODUKSI DI MALAYSIA
8.1(a) Rawatan IVF & GIFT tidak ditawarkan di hospital-hospital dan klinik kesihatan
kerajaan. Hanya Hospital besar Kuala Lumpur yang kini sedang dalam proses
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Begitu juga dengan hospitalhospital
universiti kecuali Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
8.1(b) Namun, pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas (IUIintrauterine
insemination) disediakan hampir di setiap hospital besar negeri.
8.1(c) Rawatan IVF dan GIFT hanya ditawarkan di beberapa klinik dan pusat perubatan
swasta. Antara pusat terkemuka adalah Pusat Fertiliti Damansara.
8.1(d) Hospital kerajaan tidak menawarkan rawatan reproduksi seperti IVF dan GIFT
dengan alasan bahawa “penyakit” ketidak suburan masih tidak dianggap gejala
penyakit yang perlu diberi keutamaan berbanding penyakit lain yang lebih
berbahaya seperti sakit jantung, diabetes dan lain-lain.
13
8.2 PAKAR DAN KEJAYAAN
8.2(a) Terdapat ramai pakar perbidanan dan sakit puan (O&G) di Malaysia, tetapi
bilangan mereka yang mempunyai sub-kepakaran dalam bidang reproduksi masih
kurang.
8.2(b) Sudah ada beberapa kes kejayaan IVF yang dilaporkan di HUKM dan di pusatpusat
perubatan swasta. Tetapi, secara keseluruhan, kadar kejayaan di Malaysia
masih tidak terlalu tinggi.
8.3 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PENERIMAAN MASYARAKAT
8.3(a) Undang-undang Malaysia membenarkan rawatan reproduksi tetapi mesti kepada
pasangan suami-isteri dan mereka disahkan menghidap masalah ketidak suburan
(mandul).
8.3(b) Kaedah rawatan reproduksi ini masih belum meluas di Malaysia jika berbanding
dengan negara-negara maju. Tetapi, rawatan-rawatan ini semakin diketahui dan
diterima. Kebanyakan golongan masyarakat kini akan berusaha sedaya-upaya
untuk mendapatkan anak dengan apa jua pilihan yang ada.
8.4 KOS RAWATAN
8.4(a) Di HUKM, kos untuk sekali rawatan adalah lebih kurang RM 7000 hingga RM
8000. Kos adalah lebih tinggi di klinik-klinik dan pusat perubatan swasta.
9. PENDERMA SPERMA, TELUR DAN EMBRIO
9.1 MENGGUNAKAN SPERMA DERMA
9.1(a) Sperma derma digunakan jika pasangan lelaki menghadapi masalah ketidak
suburan iaitu tidak mampu menghasilkan sperma yang mencukupi dan normal.
Sperma boleh didapati melalui kaedah segar (terus diambil dari penderma) atau
diambil dari simpanan yang telah dibekukan atau melalui bank sperma. Campuran
sperma lelaki dan sperma penderma juga boleh digunakan.
9.2 TELUR DERMA
9.2(a) Telur derma boleh digunakan dalam keadaan:
(i) wanita yang tidak menghasilkan telur (kegagalan kilang ovari) tetapi
mempunyai rahim yang sihat. Untuk proses GIFT, wanita itu perlu
mempunyai sekurang-kurangnya sebelah salur rahim yang sihat.
14
(ii) wanita yang menghidap penyakit genetik yang boleh dipindah kepada
anak.
(iii) wanita yang sebelum ini menghadapi beberapa kegagalan dalam rawatan
IVF.
(iv) Wanita yang telah berumur (kerana telur mereka kurang berkualiti).
9.2(b) Tidak terdapat istilah bank telur pada masa kini (mungkin sedikit masa lagi)
kerana masih mustahil untuk menyimpan telur dalam keadaan beku. Jadi,
penderma hendaklah menjalani proses pengovulasian pada masa rawatan hendak
dilaksanakan. Tetapi, pendermaan telur mendatangkan lebih masalah dan kesan
negatif ke atas penderma daripada penderma sperma.
9.3 EMBRIO DERMA
9.3(a) Pasangan yang menghadapi masalah ketidak suburan kedua-dua belah pihak,
boleh menggunakan embrio derma untuk melahirkan anak. Embrio biasanya
didapati daripada pasangan lain yang telah berjaya dan telah membekukan embrio
mereka. Wanita yang tidak mahu mengambil telur derma juga biasanya akan
memilih embrio derma kerana lebih mudah didapati.
9.3(b) Perumpamaan yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam kes embrio derma adalah
seperti mengambil anak angkat tetapi kita sendiri yang mengandung dan
melahirkannya.
9.4 BAHAYA ATAU TIDAK?
9.4(a) Ramai yang beranggapan jika menggunakan telur atau embrio derma, tubuh akan
menolak telur atau embrio itu kerana merupakan benda asing. Tetapi perlu diingat
bahawa semua embrio adalah asing dari segi genetik kerana separuh
kandungannya adalah dari genetik lelaki. Dinding rahim mempunyai sifat
imunisasi khas yang membolehkan embrio menempel padanya dengan normal.
10. RISIKO DAN KOMPLIKASI IVF & GIFT
10.1 RISIKO PADA DIRI PESAKIT
10.1(a) Perkara utama yang perlu difahami adalah IVF dan GIFT hanyalah teknik bagi
membantu memulakan kejadian semulajadi dalam perkembangan bayi. IVF dan
GIFT tidak menghasilkan anak yang lemah atau abnormal. Lebih 100 000 bayi
telah lahir melalui teknik-teknik ini dan risiko kelahiran cacat tidak meningkat
selepas rawatan IVF atau GIFT.
15
10.1(b) Antara komplikasi yang mungkin dihadapi dalam rawatan IVF adalah:
(i) OHSS (ovarian hyperstimulation syndrome) iaitu sindrom terlebih hormon
dalam penghasilan telur. Antara kesannya adalah pembesaran ovari,
bengkak pada abdomen, tekanan darah rendah dan pening-pening kerana
kekurangan kandungan darah. Kesan utama adalah disebabkan kandungan
estrogen tinggi ini adalah pembentukan thrombus (ketulan darah beku)
yang boleh menyebabkan strok dan kematian.
Tetapi biasanya keadaan ini tidak berbahaya dan hanya memerlukan rehat
sementara waktu. Dalam keadaan yang serius, rawatan IVF atau GIFT
mungkin dihentikan.
(ii) Seperti dalam semua teknik penggalak hamil lain, risiko mendapat anak
kembar meningkat. Mungkin keadaan ini satu perkara yang
menggembirakan. Tetapi kehamilan kembar terutamanya tiga atau lebih
mendatangkan beberapa risiko. Antaranya kemungkinan kelahiran tidak
cukup bulan dan keguguran.
Teknologi kini telah mampu mengurangkan kehamilan kembar dengan
cara “membunuh” beberapa embrio melalui racun dan sebagainya. Tetapi
di kebanyakan Negara, pembunuhan fetus ini dilarang dan perkara ini
masih hangat dibincangkan dalam etika perubatan. Oleh sebab itu,
kebanyakan klinik kini mengehadkan cuma tiga embrio setiap kali
pemindahan.
(iii) Risiko kelahiran ektopik. Risiko kelahiran luar rahim (ektopik) dalam
rawatan IVF atau GIFT adalah lebih kurang 5%. Tetapi keadaan ini
bukanlah disebabkan prosedur rawatan, tetapi kerana wanita yang
menjalani rawatan IVF selalunya telah menghadapi masalah salur rahim
yang rosak, jadi mendedahkan mereka mengalami kehamilan ektopik.
(iv) Keperluan fizikal yang membebankan dan kadangkala memberi tekanan
yang tinggi. Ini adalah kerana rawatan ini memerlukan banyak ujian darah,
pelalian dan pembedahan. Penggunaan hormon dalam penggalak ovulasi
juga menyebabkan kelesuan dan kekejangan.
(v) Ketegangan psikologi. Rawatan ini memerlukan komitmen emosi yang
tinggi kerana ianya merupakan rawatan yang tidak semestinya berjaya.
Harapan yang diberikan pesakit adalah tinggi tetapi hasilnya lebih kerap
menemui kegagalan daripada kejayaan dalam setiap pusingan rawatan.
Tambahan pula, rawatan membabitkan kos yang tinggi dan masa yang
agak lama.
11. PGD
11.1 SEKILAS PANDANG
16
11.1(a) PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis) atau pemeriksaan genetik sebelum
implantasi adalah merupakan teknologi terbaru dalam teknologi pembiakan.
11.1(b) Teknik ini membolehkan pakar perubatan mengesan penyakit-penyakit genetik
dalam embrio sebelum kehamilan berlaku lagi!!!
11.1(c) Pada awal kurun ke-20, dunia telah mula merawat kanak-kanak dengan lahirnya
bidang pediatrik. Kini, kita boleh merawat janin dalam kandungan; Dan sejak
awal kurun ke-21 ini, kita sedang menuju ke arah melahirkan pesakit baru untuk
dirawat; iaitu EMBRIO!
11.2 KENAPA PGD?
11.2(a) PGD digunakan kini untuk:
(i) Mengesan penyakit genetik yang akan dihidapi oleh anak yang bakal
dilahirkan.
(ii) Membolehkan ibu bapa memilih “jenis” anak yang dikehendaki serta
jantina anak yang bakal dihamilkan.
(iii) Mengelak ibubapa menggugurkan anak selepas kehamilan setelah
diketahui penyakit yang dihidapi oleh anak.
(iv) Mengatur program proses percantuman gamet supaya mencegah penyakit
yang disebabkan kromosom X.
(v) Digunakan bagi meningkatkan peluang kehamilan khususnya bgi wanita
berumur. Ini kerana sebab utama kurangnya peluang kehamilan pada
wanita tua adalah masalah kromosom hasil daripada telur mereka yang tua.
Jadi, doktor boleh memilih embrio yang mempunyai kromosom yang
sempurna untuk dipindah ke dalam rahim.
11.3 LANGKAH-LANGKAH ASAS PGD
11.3(a) Secara ringkas, PGD dilaksanakan dengan cara:
(i) Selepas IVF, pada hari ketiga, biopsy dilakukan ke atas embrio yang
mempunyai 8 sel.
(ii) Blastomere (sel tunggal) dikeluarkan untuk pemeriksaan (diagnosis)
molekul.
(iii) Biopsi dilakukan dengan menebuk selaput sel lalu satu sel disebut untuk
tujuan diagnosis.
17
(iv) Embrio dikekalkan dan dibiarkan terus membahagi dan membesar (tiada
masalah mengeluarkan satu sel daripada embrio berkenaan).
(v) Selepas dipastikan embrio yang diperiksa bebas penyakit genetik, embrio
berkenaan itu akan bersedia dipindahkan ke dalam rahim.
12. PILIH JANTINA
12.1 LATAR BELAKANG
12.1(a) Pemilihan jantina anak yang bakal dilahirkan telah direkodkan dalam sejarah
sejak berkurun lalu. Kajian menunjukkan pemilihan jantina menjadi kegemaran
bangsa Asia (Cina purba), Mesir dan Greek.
12.1(b) Seterusnya, usaha saintifik moden bermula pada sekitar 1600 bagi memilih
jantina menggunakan pelbagai cara. Akhirnya, kajian-kajian sekitar 1980-an dan
90-an membolehkan jantina janin yang bakal dihamilkan dipilih dengan tepat.
12.1(c) Di Malaysia, antara rekod yang pernah dicatatkan, Pusat Fertiliti Damansara telah
berjaya mengendalikan 600 kes IVF dengan prapemilihan jantina. 83% mendapat
anak lelaki manakala selebihnya anak perempuan.
12.2 PENENTUAN JANTINA DARI SUDUT SAINTIFIK
12.2(a) Telah menjadi fakta diketahui umum bahawa jantina seseorang individu
ditentukan oleh sepasang kromosom seks yang terkandung dalam setiap sel badan.
Lelaki mempunyai kromosom seks XY manakala wanita mempunyai kromosom
seks XX.
12.2(b) Gamet-gamet (sperma dan telur) mempunyai hanya separuh bilangan kromosom
lengkap. Jadi, keduanya mempunyai hanya satu kromosom seks, samada X atau Y.
Telur wanita pastu mempunyai kromosom seks X. Sperma lelaki pula membawa
samada kromosom X atau Y.
12.2(c) Semasa persenyawaan, jika sperma berkromosom X mempersenyawakan telur,
maka anak perempuan terhasil (kromosom seks XX). Sebaliknya jika sperma
mempunyai kromosom Y mempersenyawakan telur, anak lelaki terhasil (XY).
12.3 TEKNOLOGI MEMILIH JANTINA
12.3(a) Cara pertama untuk memilih jantina anak yang bakal dihamilkan adalah melalui
kaedah PGD dalam rawatan IVF. Hanya embrio yang mempunyai jantina yang
dikehendaki sahaja dipindahkan ke dalam rahim.
18
12.3(b) Cara kedua adalah dengan mengasingkan sperma itu sendiri dengan kaedahkaedah
tertentu. Prinsip yang digunakan adalah prinsip cas kerana kromosom X
dan Y menyebabkan perbezaan cas yang dibawa oleh sperma tersebut. Kemudian,
sperma-sperma yang telah dipilih disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah
permanian beradas (artificial insemination atau IUI-intrauterine insemination).
12.4 PERATUS KEJAYAAN
12.4(a) Peratus kejayaan untuk teknik pilih jantina dengan cara pengasingan sperma
adalah 70%-90%.
12.4(b) Dengan menggunakan teknik PGD, tahap kejayaan mencecah 100% di seluruh
dunia.
12.4(c) Setakat ini, terdapat beribu-ribu anak telah dilahirkan melalui kaedah pemilihan
jantina.
12.5 RISIKO DAN KOMPLIKASI
12.5(a) Pemilihan jantina menggunakan kaedah pengasingan sperma melibatkan proses
permanian beradas. Teknik ini dilakukan dengan teliti seperti air mani dipastikan
bebas virus dan sebagainya. Menurut kajian, risiko kecacatan bayi tidak
meningkat jika menggunakan kaedah ini.
12.5(b) Begitu juga dengan PGD, seperti diterangkan dalam bahagian IVF, risiko
kelahiran cacat tidak meningkat. Komplikasi adalah sama dengan komplikasi
yang dihadapi melalui proses IVF.
13. IBU TUMPANG
13.1 SEKILAS PANDANG
13.1(a) Frasa ibu tumpang bermaksud seseorang yang ‘meminjamkan’ rahimnya kepada
pasangan lain supaya mereka boleh memperolehi anak. Walaupun berhadapan
dengan tentangan etika perubatan dan agama, teknik menjadi semakin popular,
terutamanya di Barat berikutan semakin kurangnya peluang mendapatkan anak
angkat.
13.2 MENGAPA IBU TUMPANG?
13.2(a) Pasangan yang memilih untuk melaksanakan teknik ini biasanya menghadapi
masalah pada pihak wanita. Antaranya:
19
(i) wanita yang tidak mempunyai rahim (samada selepas lahir atau selepas
pembedahan)
(ii) wanita yang telah mengalami beberapa keguguran sebelum ini
(iii) wanita yang gagal dalam rawatan IVF (tanpa diketahui sebab-sebabnya)
13.2(b) Sebaliknya, wanita yang sedia menawarkan rahimnya untuk ‘dipinjamkan’
biasanya:
(i) Hubungan dengan pesakit (madu, hubungan keluarga atau kawan rapat)
(ii) Ganjaran kewangan
13.3 JENIS-JENIS TUMPANGAN
13.3(a) Terdapat dua jenis utama dalam kaedah ibu tumpang:
(i) Ibu yang meminjamkan rahimnya akan menyediakan telur. Dalam
keadaan ini, sperma lelaki (suami) akan dipindahkan ke dalam rahim
penderma rahim memlalui kaedah permanian beradas. Dalam kes sebegini,
pasangan wanita (isteri) tidak mempunyai hubungan genetik langsung
dengan anak yang dilahirkan.
(ii) Keadaan yang sering dilakukan adalah kedua-dua pasangan
menyumbangkan gamet (telur dan sperma). Dalam kes ini, kaedah IVF
atau GIFT digunakan kemudian gamet atau embrio dipindahkan ke ibu
tumpang.
13.4 MASALAH TEKNIK IBU TUMPANG
13.4(a) Sebelum melaksanakan proses ini, ibu tumpang dan pasangan perlu
menandatangani kontrak tentang banyak perkara. Tetapi, belum ada undangundang
yang jelas yang boleh memberi keputusan dalam kes ibu tumpang.
13.4(b) Antara masalah dan persoalan yang boleh timbul adalah:
(i) Jika ibu tumpang ingin menjaga anak yang dilahirkan dan tidak mahu
menyerahkan kepada pasangan
(ii) Berapakah bayaran yang perlu dibayar kepada ibu tumpang?
(iii) Jika ibu tumpang mendapat kecederaan atau penyakit semasa dan selepas
kehamilan, siapa yang bertanggungjawab ke atas kos perubatan dan
penjagaan?
(iv) Siapakah yang akan menjadi ibu yang sah (dalam surat beranak)?
20
(v) Perlukah memberitahu si anak tentang sejarahnya?
(vi) Apa yang akan berlaku jika si anak cacat dan kedua-dua ibu tidak ingin
menjaganya?
(vii) Bagaimana jika ibu tumpang mati ketika melahirkan anak?
13.4(c) Sudah pasti, dalam Islam, kita mempunyai pelbagai lagi persoalan dan masalah
yang boleh ditimbulkan berkaitan ibu tumpang ini.
14. PERMANIAN BERADAS
14.1 SEKILAS PANDANG
14.1(a) Permanian beradas (artificial insemination) adalah kaedah yang menyalurkan air
mani lelaki ke dalam rahim wanita tanpa perlu melalui jalan biasa (persetubuhan).
14.1(b) Kaedah ini telah menjadi suatu teknik biasa dalam bidang penternakan. Untuk
haiwan khususnya, proses ini dijalankan bagi mempercepat proses pembiakan dan
juga untuk memilih baka yang baik dari seekor jantan yang dipilih. Teknologi kini
membolehkan air mani dari seekor jantan (lembu misalnya) digunakan untuk
mempersenyawakan lebih dari 10 000 ekor betina.
14.2 PERMANIAN BERADAS DALAM PEMBIAKAN MANUSIA
14.2(a) Kaedah yang lebih kurang sama digunakan ke atas manusia sebagai proses
penggalak hamil. Air mani lelaki dikumpulkan (mungkin beberapa kali pancutan
diperlukan) dan disimpan dengan cermat (rujuk perkara 5). Kemudian proses
pemindahan ke dalam rahim dilakukan menggunakan alat khas yang dimasukkan
melalui faraj wanita lalu air mani disalurkan ke dalam rahim.
14.2(b) Proses kehamilan seterusnya berlaku seperti biasa (sperma akan bergerak menuju
ke arah telur di salur rahim). Perbezaan kaedah ini dengan proses persetubuhan
adalah air mani tidak disalurkan terus dari zakar melalui faraj, tetapi
menggunakan alat (radas) sebagai penyalur.
14.3 KENAPA PERMANIAN BERADAS?
14.3(a) Permanian beradas dilaksanakan ke atas manusia kebiasaannya disebabkan
beberapa faktor:
(i) Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki. Dalam hal ini, air
mani dari beberapa kali pancutan dikumpul dan kandungan sperma
dipekatkan lalu dipindahkan ke dalam rahim wanita.
21
(ii) Ketidak normalan pada cairan serviks atau faraj yang membunuh
kebanyakan sperma (hadirnya bahan ‘lysozyme’ yang boleh membunuh
sperma).
(iii) Pancutan terlalu cepat semasa persetubuhan atau mati pucuk.
(iv) Apabila terdapat kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan
perempuan (persenyawaan antara pasangan tidak mungkin berlaku).
(v) Apabila pasangan lelaki dikesan mengalami penyakit seperti barah yang
akan membawa kepada ketidak suburan di kemudian hari. Air mani lelaki
akan dikumpul sebelum penyakit menjadi lebih kronik dan disimpan untuk
digunakan kemudian hari.
15. PENUTUP
15.1 Kajian dalam bidang teknologi reproduksi manusia ini merupakan antara kajian
yang paling giat dijalankan serta semakin berkembang dari hari ke hari.
15.2 Kertas kerja ini hanya merupakan panduan tentang teknologi yang ada di pasaran
dunia sekitar awal 2005. Memandangkan kepantasan teknologi ini berkembang,
adalah tidak mustahil sama sekali pelbagai teknik dan kaedah rawatan baru akan
dan barangkali telah muncul.
15.3 Diharapkan para pembaca sekalian dapat mengambil manfaat daripada kertas
kerja ini dan semoga usaha kita sama-sama diredhai Allah.
16. RUJUKAN
Dr. M. Ali Albar & Dr. Zahir Ahmad AsSiba’i: pqKPr pstu vwJxFBC Beirut 1997.
About.com (Test Tube babies)
http://fertilethoughts.net/malpani/
Teknologi Reproduksi Di Malaysia: Penghargaan kepada Dr. Zainal Fitri, MBBCh Azhar,
MMed UKM.
Suami Isteri Dapat Anak Lelaki Menerusi PraPemilihan Jantina, Utusan Malaysia 25
April 2001
Keith Moore & Abdul Majeed AzZindani, The Developing Human 3rd edition with
Islamic Additions (Correlation Studies with Quran & hadith), Dar al Qiblah, Saudi
Arabia, 1983.
22
Professors of Pathology Department, Systemic Pathology, Ain Shams University, Cairo,
2004.
Disediakan oleh
AHMAD SHUIB YAHAYA
Tahun 1, Fakulti Perubatan,
Universiti Ain Shams, Kaherah.
Ogos 2003.
Kemaskini:
Mac 2005
Diperiksa & Diperbetul:
DR. ARIZA MOHAMED
MD (UKMalaysia), MOG (UKMalaysia)
SubKepakaran dalam IVF (latihan di Islamic University, Amman, Jordan)
(Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan, Damai Service Hospital, KL)
(Pakar Perunding (kesuburan) di Concept Fertility Centre, DSH KL)
23 Mac 2005

Tabung mani

Menjawab persoalan apa itu tabung mani?
From Wikipedia, the free encyclopedia
SPERM BANK
A sperm bank or cryobank is a facility that collects and stores human sperm from sperm donors, primarily for the purposes of artificial insemination. The first two sperm banks were opened in Iowa City, USA and Tokyo, Japan in 1965.
38,439 have donated.
Storage
The sperm is stored in small vials or straws of holding between 0.4 and 1.0 ml and cryogenically preserved in liquid nitrogen tanks. There seems to be no limit on how long frozen sperm can be stored, and a baby has been conceived in the UK using sperm frozen for 21 years[1]. Before freezing, sperm may be prepared so that it can be used for intra-cervical insemination (ICI), intra-uterine insemination (IUI) or for IVF (or assisted reproduction) (ART).
Use
Sperm supplied by a sperm bank may be used where a woman's partner is infertile or where he carries a transmissable or genetic disease. Increasingly, donor sperm is used to achieve a pregnancy where a woman has no male partner. Sperm from a sperm donor may also be used in surrogacy arrangements and for creating embryos for embryo donation. Donor sperm may be supplied by the sperm bank directly to the recipient ( see also fertility clinic) or, more usually, to a woman through a registered medical practitioner who will perform an appropriate method of insemination or IVF treatment using the donor sperm in order for the woman to become pregnant.
Sperm banks may supply other sperm banks or a fertility clinic with donor sperm, and they may also provide services to enable women to perform their own artificial insemination. Sperm banks also supply sperm for research or educational purposes.
In countries where sperm banks are allowed to operate, the sperm donor will not usually become the legal father of the children he produces as the result of the use of the sperm he donates, but he will be the 'biological father' of such children. In cases of surrogacy involving embryo donation, a form of 'gestational surrogacy', the 'commissioning mother' or the 'commissioning parents' will not be biologically related to the child and may need to go through an adoption procedure.
As with other forms of third party reproduction, the use of donor sperm from a sperm bank gives rise to a number of moral, legal and ethical issues.
Selection
Sperm banks also allow people to choose what characteristics they want their child or children to inherit, this is an example of selective breeding.
Regulation
In the United States sperm banks are regulated by the FDA with new guidelines in effect May 25, 2005. There are also regulation in different states including New York and California. Outside the US, the EU is working on similar regulations as the FDA.
Screening of donors
Using anonymous donor sperm or sperm from a known or identifiable sperm donor through a sperm bank is a safe and reliable method of achieving a pregnancy. A sperm bank takes a number of steps to ensure the health and quality of the sperm which it supplies. The donor will produce the sperm at the sperm bank and the sperm will be checked to ensure fecundity and to ensure that motile sperm survive the freezing process. In addition, donors are tested and constantly re-tested and monitored. All sperm is frozen and stored for a minimum of 6 months before being released for sale to ensure that the donor is healthy and that his sperm will not pass any sexual or other transmissable diseases. Donors are subject to tests for diseases such as human immunoviruses HIV (HIV-1 and HIV-2), human T-cell lymphotropic viruses (HTLV-1 and HTLV-2), syphilis, chlamydia, gonorrhea, Hepatitis B virus, Hepatitis C virus, cytomegalovirus (CMV), cystic fibrosis, Karyotyping 46[2], XY, and transmissible spongiform encephalopathy or Creutzfeldt-Jakob disease. A sperm donor may also be subject to genetic testing and a sperm bank will obtain medical records of the sperm donor, often for several generations. A sperm sample is usually examined micro-biologically. A sperm donor's blood group is also checked to ensure compatibilty with the recipient.

Monday, December 17, 2007

Buatmu Ibu

Ibu.....bergenang air mataku
terbayang wajahmu
yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau hamparkan
bagaikan laut yang tidak bertepian
biar pun kepahitan telah engkau rasakan
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik
kami semua dari kecil hingga dewasa

hidupmu kau korbankan
biar pun diri mu telah terkorban
tak dapat ku balasi
akan semua ini
semoga Tuhan memberkati
kehidupan mu ibu

Ibu....kau ampunilah dosa ku
andainya ku pernah menghiris hati mu
restu mu yang amat aku harapkan
kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
mengajarku erti kesabaran
kau bagaikan pelita
di kala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
kasih sayang mu sungguh bernilai
itulah harta yang engkau berikan
kasihanilah Tuhanku
ibu yang melahirkan aku

bagaikan kasih ibu
sewaktu kecilku
moga bahagia ibu di dunia
dan di akhirat sana

Saturday, December 15, 2007

Prinsip 'Ubuudiyyah, Mas'uuliyyah dan Itqaan Dalam Kerja

PRINSIP UBUDIYYAH, MAS’ULIYYAH DAN ITQAN
DALAM KERJA
Oleh
Ustazah Fatimah binti Sulaiman

Islam adalah sebaik-baik agama yang datang dari Allah yang mengatur segala aspek kehidupan manusia. Seorang muslim harus membuktikan keislamannya dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Pengamalan Islam bukan sahaja terhad dalam soal ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji, soal kekeluargaan; nikah kahwin, nafkah, talaq dan sebagainya tetapi meliputi segala perkara baik dalam soal hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam dan haiwan , urusan dunia dan akhirat, kegiatan zahir dan batin, politik, ekonomi, sosial; pembangunan, keselamatan, pendidikan, hubungan antara bangsa, urusan fardiy ( peribadi) atau jama’iy (masyarakat) dan termasuklah juga aspek kerja atau profesyen..

Maksud ayat 208 surah al-Baqarah
Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

Al-Ahzab 36
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang beriman dan perempuan yang beriman apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya, dia telah sesat, sesat yang nyata.

Terdapat tiga prinsip dalam Islam berhubung dengan kerja yang seharusnya difahami dan diamalkan oleh setiap orang Islam dalam rangka melaksanakan amanah yang dibebankan di atas bahu mereka iaitu prinsip ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan. Memahami prinsip ini memang penting agar kerja berpandu dan terarah.

Prinsip Ubudiyyah (Pengabdian terhadap Allah)
Ubudiyyah dalam kerja bermaksud bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi ganjaran pahala di akhirat ’Bekerja’ akan mencapai tahap ibadah apabila dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Niat yang ikhlas adalah syarat paling utama yang menjadi roh kepada amal untuk dikira sebagai ibadah. Niat hanya kerana Allah, bekerja bukan kerana yang lain, bukan kerana pangkat, gelaran, pujian, sanjungan atau kepentingan peribadi dan sebagainya melainkan hanya kerana Allah semata-mata dengan harapan untuk mendapat keredaanNya, itulah yang dikatakan niat yang ikhlas.

Al-Baiyinah 5 – maksudnya
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Al-Saffat 38-42 maksudnya
Sesungguhnya kamu pasti merasakan azab yang pedih.Dan kamu tidak diberi pembalasan melainkan terhadap kejahatan yang telah kamu kerjakan.Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.Mereka itu memperolehi rezeki yang tertentu.Iaitu buah-buahan dan mereka adalah orang yang dimuliakan.

Ikhlas’ adalah suatu urusan hati yang sangat sukar dicapai, ciri dan sifatnya memang agak sukar dipenuhi, melainkan dengan kesedaran dan keinsafan yang sungguh-sungguh.

Di antara tanda-tanda ikhlas ialah:
Takutkan kemasyhuran
Kerap menuding jari kepada diri sendiri
Bekerja secara ’tersembunyi’
Tidak mengejar pujian dan tidak terpesona dengannya
Tidak bakhil memuji orang yang patut dipuji dan tidak melampau dalam memuji
Bekerja tanpa mengira kedudukan sebagai orang atas atau bawah
Lebih mengutamakan keredhaan Allah dari keredhaan manusia
Cinta, benci, memberi dan menahan semuanya kerana Allah
Cekal dan sabar dalam kerja
Gembira dengan kemunculan tnaga baru
Mengutamakan pekerjaan yang bermanfaat
Menghindari penyakit kagum diri
Waspada dari memuji diri sendiri

Syarat kedua kerja menjadi ibadah iaitu pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak; maksudnya bentuk, rupa atau nature kerja itu halal di sisi Allah.Sebarang kerja yang haram sekali pun niat orang yang melakukannya baik tidak layak dikatakan bekerja kerana Allah dan bukan suatu bentuk ubudiyyah kepadaNya.

Syarat ketiga iaitu perlaksanaan kerja hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan akhlak Islam.Maksud kerja selaras dengan prinsip-prinsip syariat Islam iaitu kerja menepati kaedah dan cara yang ditentukan oleh syarak, contohnya kerja dimulakan dengan basmalah dan doa. Di samping itu kerja harus menepati akhlak Islam; contohnya amanah, adil, bertanggung jawab, bersungguh-sungguh,ikhlas dan sebagainya.

Pada 5 Nov 2003 dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama YAB Perdana Menteri Malaysia yang kelima YAB Dato Seri Abdullah Badawi telah mengumumkan keputusan Kerajaan untuk membentuk Pelan Integriti Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia ( IIM.) bagi mengukuhkan integriti rakyat seluruhnya dalam pengurusan dan perkhidmatan. Langkah ini adalah suatu langkah yang baik yang bertepatan dengan tuntutan syariat.

Di dalam Buku Nilai dan Etika Pensyarah,(UiTM) integriti ialah melakukan sesuatu dengan penuh tanggung jawab tanpa penyelewengan atau pengabaian. Nilai-nilai integriti meliputi ;
menunaikan tugas yang diberi penuh tanggung jawab
menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti
berrlaku adil dan saksama kepada semua pihak
jujur dan setia kepada diri dan UiTM
menjaga harta dan kepentingan UiTM
menjaga rahsia dan maklumat jabatan atau UiTM pada setiap masa
mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan
tidak mementingkan diri sendiri, keluarga atau rakan (UiTM, Nilai & Etika Pensyarah UiTM : 9 )

Syarat keempat; amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin.(Syarat ini akan dijelaskan di bawah tajuk itqan)

Syarat kelima; bekerja jangan sampai mengganggu atau melalaikan ibadah pokok seperti solat, puasa dan sebagainya.Kerja yang baik yang dilakukan dengan ikhlas dan menepati ketentuan syarak tidak membawa apa-apa makna sekiranya ibadah khusus diabaikan khususnya ibadah solat.

Maksud hadith Rasulullah saw; Perkara pertama yang dihitung ke atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solat, sekiranya solatnya diterima, maka diterimalah seluruh amalannya dan sekiranya ibadah solatnya ditolak,maka ditolaklah seluruh amalannya.

Zahir dan batin manusia tidak boleh dipisahkan. Perlakuan zahir adalah buah atau kesan dari batin. Bagi memperbaiki amal, ia perlu dimulakan dengan memperbaiki dalaman atau jiwa dengan memupuk keimanan dan ketaqwaan dan menyuburkan jiwa dengan ibadah ;wajib dan sunat. Iman dan taqwa akan menjadi pelindung kepada diri dari melakukan sesuatu yang tidak wajar atau maksiat kepada Allah termasuk dalam urusan kerja dan ketika itu mungkin Institut Integriti Malaysia ( IIM ) sebagai institusi yang bertanggungjawab menilai dan memantau pelaksanaan pelan integriti nasional yang dirancang tidak lagi diperlukan. Begitu juga dengan BPR, Jabatan Audit Negara, Biro Pengaduan Awam dan sebagainya.

Prinsip Mas’uliyyah
Prinsip mas’uliyyah atau ’accountability’ ialah prinsip yang menuntut seseorang pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertanggung jawab ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan kerana mereka akan di periksa dan disoal bukan sekadar di dunia malah di hari pembalasan.

Asas pegangan orang Islam dalam hal ini termaktub di dalam banyak ayat al-Qur’an dan hadith Rasulullah saw.Diantaranya maksud firman Allah dari surah al-Baqarah 284 yang bermaksud;Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah.Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menzahirkannya kepada kamu.Kemudian Dia mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Maksud Hadith,
Dari Ibnu Umar ra, Baginda saw bersabda, maksudnya , ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamumu. Seorang amir/penguasa/ atau pemimpin yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Sseorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya .Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin rumahtangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta kekayaan tuannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu.( hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Jawatan, kerja, tugas atau apa-apa profesyen yang kita pegang bukan suatu kebanggaan yang boleh kita gunakan sebagai alat untuk mencapai cita-cita duniawi tetapi ia merupakan suatu amanah yang wajib ditunaikan dengan cara yang sempurna seperti mana yang ditetapkan oleh institusi dan yang diakui oleh syarak. Kerja yang kita lakukan itu seharusnya bukan sahaja membawa manfaat duniawi tetapi juga manfaat ukhrawi sebagai suatu bentuk ubudiyyah kepada Allah .

Prinsip Itqan
Prinsip itqan iaitu prinsip yang menuntut manusia supaya melaksanakan sesuatu amal atau kerja dengan cara yang bersungguh-sungguh, melakukannya dengan sebaik-baiknya, serious dan bukan main-main sehingga tercapai perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang. Sifat ini menjadi tuntutan Islam sebagaimana maksud hadith Rasulullah saw; Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh.
Rasulullah saw yang menjadi suri tauladan terbaik umat manusia sentiasa bersungguh-sungguh dalam segala amal dan sikap baginda saw yang mulia ini diteruskan oleh para sahabat dan tabiin sehingga Islam mencapai kemuncak kecemerlangan ketika itu. Untuk kembali ke era itu umat Islam harus kembali kepada sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Kerja yang sungguh-sungguh menggambarkan kesempurnaan iman dan taqwa, ketulusan hati, keluhuran budi dan kemuliaan akhlak yang semua sifat-sifat ini akan dikira oleh Allah dalam menentukan amal hambaNya diterima atau sebaliknya.

Kesimpulan
Menyebut tiga prinsip di dalam Islam berhubung dengan kerja; prinsip ubudiyyah, mas’uliyyah dan itqan memang mudah tetapi menghayatinya tidak semudah menyebutnya. Mungkin perlu bagi kita meluangkan sedikit masa merenung dan menilai kerja yang kita lakukan selama ini; adakah kerja kita layak dikira sebagai amal salih atau ibadah, apakah Allah menerima amal kita selama 10 20 tahun kita bekerja, apakah kita amanah dengan kerja kita, apakah kita ikhlas dalam menjalankan tanggung jawab, apakah rezeki yang diperolehi rezeki yang halal,apakah daging yang tumbuh pada badan kita dan keluarga daging yang bersih atau ia hanya layak sebagai bahan bakar api neraka? Apakah ada orang-orang yang terzalimi kerana kealpaan kita, apakah kita tidak takut doa orang-orang yang kena zalim sedangkan tiada hijab antara doa orang yang kena zalim dengan Allah dan macam-macam lagi soalan yang kita boleh tanya diri sendiri. Sebelum kita menjawab di hadapan Allah adalah selamat sekiranya kita menjawab sekarang, memperbaiki mana yang kurang, menginsafi apa yang telah berlalu, menampal mana-mana yang lompang dan sebagai orang yang beriman kita tidak harus berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah.
WA ALLAHU A’LAM

Untuk renungan:
(Maksud al-Quran al-Ma’idah 8 – Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan ( kebenaran ) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih ( bahawa) untuk mereka keampunan dan pahala yang besar.


Ibu Mithali


Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Sumbangan Putera Izfiq

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

ETIKA KERJA DALAM ISLAM
Oleh : Ustaz Razali bin Abd Rahim
1.0. PENDAHULUAN

Etika boleh diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya. Secara mudahnya, etika bolehlah dianggap sebagai akhlaq dalam Islam. Akhlaq ialah budipekerti, perangai, tingkahlaku atau tabiat seseorang. Oleh itu etika bolehlah diertikan sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan.

Dengan itu etika menurut Islam adalah berbeza dengan etika yang difahami oleh pihak Barat. Islam menganggap kerja itu sebagai ibadah, oleh tindakan yang akan dilakukan oleh para pekerja itu sentiasa selari dengan peraturan ibadah. Ini bermakna agama dan kehidupan tidak terpisah. Manakala etika Barat terhasil dari kajian dan pemerhatian aqal mereka semata-mata tanpa panduan agama. Agama dan kehidupan pada mereka adalah dua dunia yang berbeza.

1.1. ETIKA KERJA ISLAM
Islam telah menggariskan beberapa panduan dan etika boleh menjamin kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Matlamat utama memperkenalkan etika ini adalah untuk mengahasilkan bukan sahaja organisasi yang cemerlang tetapi juga ingin melahirkan manusia yang juga cemerlang dari segenap sudut malah selari dengan tuntutan kecemerlangan agama itu sendiri. Islam ingin melahirkan manusia yang seimbang dari segenap aspek kehidupan. Islam tidak hanya melahirkan manusia yang cemerlang dari sudut amalan agama sahaja tetapi juga ingin melahirkan kejayaan dalam kehidupan di dunia ini. Islam amat menentang tumpuan hanya kepada aspek tertentu dengan pengabaian kepada aspek yang lain. Ia perlu dilakukan secara beriringan.

1.1.1. KERJA SEBAGAI IBADAH
Setiap orang bekerja untuk memenuhi keperluan diri dan orang yang di bawah
tanggungannya, masyarakat, negara dan manusia sejagat. Semua tujuan ini terkandung dalam ertikata untuk mengabdikan diri kepada Allah, yang dianggap sebagai matlamat dan tujuan yang mulia.

Kita mungkin tertanya-tanya, bagaimana kita hendak membudayakan kerja sebagai satu ibadah yang dijanjikan ganjaran oleh Allah s.w.t ?. Kita juga mungkin terfikir mengapa kita amat berhati-hati dan sentiasa berusaha memelihara pantang larang di dalam melaksanakan sesuatu ibadah khususnya ibadah yang telah difardhukan. Haji umpamanya, seluruh bakal-bakal Haji dan Hajjah sanggup berusaha sebaik mungkin agar tidak melanggar pantang larang ketikan sedang berihram, rambut gugur, hati menjadi risau, kena dam ke tidak. Semua orang berusaha menjaga dan memelihara pantang larang tersebut. Persoalannya mengapa kita mengambil sikap sambil lewa atau dalam bahasa mudahnya ’ cincai ’ dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. Jadi, Bagaimana kerja atau kerjaya kita boleh diiktiraf sebagai ibadah kalaulah ini sikap dan fahaman kita.

Oleh itu cara yang paling mudah ialah, cuba kita sematkan azam dan tekad untuk membudayakan kerja itu sebagai ibadah dengan berikhtiar agar semangat dan sikap berhati-hati kita semasa mengerjakan ibadah khusus diterapkan dalam tugas dan kerjaya kita. Pasti ketenangan, keseronokan dan kepuasan akan terpancar di hati dan wajah kita. Pasti tekanan, kekecewaan, kehampaan dan lain-lain watak negatif akan dapat dihindarkan.

Oleh itu, untuk menjadikan kerja itu sebagai ibadah beberapa syarat tertentu yang perlu dipatuhi selari dengan contoh-contoh ibadah lain yang menjadi kewajipan untuk dilaksanakan seperti sholat, puasa, haji dan sebagainya. Roh ibadah itu perlu diterapkan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Antaranya:

1. Niat kerana Allah : Kerja akan menjadi ibadah bila niat itu betul. Niat perlu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. tanpa dipengaruhi dengan lain-lain tujuan. Niat yang tidak betul akan menjadikan kerja itu menyimpang dari tujuan ibadah. Contohnya, untuk mencari nama, pangkat, kekayaan, mengharapkan pujian dan seumpamnya.
2. Tunai tanggungjawab asas : Untuk menjadikan kerja itu ibadah, jangan sampai kita terpaksa mengorbankan ibadah-ibadah yang hakiki yang perlu ditunaikan seperti sembahyang, puasa dan sebagainya.
3. Kerja yang selaras dengan syarak : Kerja hanya akan dianggap ibadah apabila pekerjaan itu dianggap halal dari sudut syarak. Oleh itu kerja yang tidak selari dengan ketentuan syarak akan terkeluar dari maksud ibadah.
4. Tunai tanggungjawab sesama manusia : Tanggungjawab kepada manusia lain perlu juga ditunaikan walaupun hakikatnya mempunyai hubungan dengan soal kewajipan, seperti berzakat, besedekah, bantuan untuk anak yatim dan sebagainya.
5. Menanamkan sifat mulia : Setiap orang perlu mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka, seperti sabar, dedikasi, berani, usaha yang berterusan dan seumpamanya.

1.1.2. BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH
Ikhlas dan amanah merupakan dua ciri utama orang Islam. Apabila kedua-dua ciri ini disematkan dalam diri setiap individu, sudah pasti organisasi akan cemerlang dan berjaya. Dalam melaksanakan tugas, mereka akan menyedari bahawa mereka sentiasa diawasi bukan sahaja oleh majikannya, malah oleh Yang Maha Kuasa yang lebih teliti dan tajam pengawasannya. Ini secara tidak langsung menjadikan individu itu akan menjalankan amanah yang diserahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin.

Akhirnya, lahirlah rasa tanggungjawab, rela hati, bersungguh-sungguh dan seronok dalam menjalankan amanah tersebut. Mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti kerja mereka bukan sahaja untuk manfaat sendiri tetapi juga untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Tugas menjadi lebih baik dan sempurna serta menepati masa yang telah ditentukan.

1.1.3. BEKERJA DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN
Manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian, malah memerlukan sokongan danbantuan dari orang lain. Oleh itu manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Sesuai dengan kejadian manusia dari berbagai bangsa, suku, berlainan bahasa, budaya dan sebagainya, maka manusia boleh sentiasa bertukar-tukar fikiran dan maklumat untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.

Di samping itu, kerja yang berat juga akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Seperti kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang rengan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicicah. Kesan bertukar-tukar idea dan maklumat, menjadikan sesuatu kerja itu lebih baik dan berkualiti. Sesuai dengan Firman Allah s.w.t.:
"..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan".
(al-Maidah: 2)

1.1.4. MATLAMAT KESEJAHTERAAN MASYARAKAT SEJAGAT
Islam bukanlah agama yang menekankan kepentingan diri semata-mata, tanpa memperdulikan nasib orang lain. Banyak contoh amalan dalam Islam yang menggambarkan suasana dan keadaan ini, antaranya kewajipan berzakat, bersedeqah dan sebagainya. Walaupun harta itu adalah hasil dari titik peluh sendiri, tetapi kita disarankan agar tidak melupakan nasib golongan yang daif. Bantuan harus disalurkan samada melalui cara yang telah diwajib atau sesuatu yang disunatkan. Matlamatnya jelas, agar sama-sama dapat merasai dan berkongsi nikmat harta kekayaan yang Allah kurniakan kepada manusia.

Begitulah juga dalam dunia pekerjaan. Setiap pekerja perlu menanamkan dalam diri mereka bahawa, mereka sebenarnya sedang memberi dan menyediakan perkhidmatan kepada mesyarakat seluruhnya. Mereka harus menyedari bahawa, kerja-kerja yang dilakukan itu dengan tujuan memberikan kesejahteraan kepada orang lain adalah merupakan satu tuntutan agama yang besar nilai dan ganjarannya di sisi Allah s.w.t.

1.1.5. MEMELIHARA SYAHSIAH RUPA DIRI
Manusia terbentuk dari pelbagai gabungan samada fizikal, rohani, jasad, emosi dan sebagainya. Oleh itu untuk menjadi seorang pekerja yang berjaya dan cemerlang, dia perlu bijak mengadunkan gabungan itu selaras dengan tuntutan syarak. Semua aspek perlu diambil kira dan dijaga, kerana Islam tidak hanya memandang aspek luaran tanpa memperdulikan soal dalam dan begitulah sebaliknya.

Oleh itu aspek luaran perlu dipelihara seperti berpakaian bukan sahaja menutup aurat, malah juga rapi, selesa dan kemas. Begitulah juga dengan aspek rohani, perlulah ditanamkan nilai murni seperti budi bahasa, tingkah laku, ketenangan dan seumpamanya. Pepatah Melayu selalu menggambarkan keadaan ini, seperti bahasa melambangkan bangsa. Memelihara syahsiah rupa diri, menjadikan kita akan sentiasa disenangi bukan hanya oleh rakan sekerja, malah masyarakat seluruhnya yang berurusan dengan organisasi tersebut.
Di samping itu, persekitaran tempat kerja juga perlu dipelihara agar menimbulkan keselesaan, nampak bersih, kemas dan teratur. Ini menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran mereka sesuai dengan tuntutan Islam itu sendiri yang amat menekankan aspek kebersihan.

1.2. RUMUSAN
Setiap individu perlu menghayati budaya dan etika kerja Islam. Matlamat Islam cukup jelas, untuk melahirkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya, serta menjamin kualiti kerja dan perkhidmatan yang terbaik. Islam adalah berbeza dari etika kerja menurut Barat, kerana mereka hanya memfokuskan kepada keuntungan dan material semata-mata, tanpa mengambil kira aspek-aspek sampingan yang lain.

Islam sebaliknya, mengambil kira pelbagai gabungan aspek yang mempunyai kepentingan dalam nilai-nilai kehidupan manusia sejagat. Islam tidak bermatlamat untuk melahirkan ramai golongan yang daif dan hanya segelintir sahaja golongan yang berada. Islam tidak hanya memberi tumpuan kepada keuntungan semata-mata, tetapi juga mengambil kira soal akhlaq, syahsiah rupa diri dan matlamat organisasi itu sendiri. Keseimbangan amat penting kerana mampu melahirkan kejayaan yang lebih menyeluruh dan bersifat sepadu tanpa pengabaian salah satu darinya.

Monday, December 10, 2007

Tazkirah-surah Maryam ayat 88 hingga 95

Maksud ayat 88 hingga 95 surah Maryam

"Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak.
Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.
Tidak ada sesiapa pun baik di langit atau di bumi, melainkan dia akan datang kpd
Allah Al-Rahman sebagai hamba. Demi sesungguhnya, Allah telah mengira mereka
(dengan pengetahuanNya)serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing
-masing akan datang mengadapNya pada Hari Kiamat dengan seorang diri."
Apa hubung kait ayat di atas dengan bencana yang besar-besar yang berlaku selepas Krismas? Bukan keganjilan kalau dinilai kepada besarnya kemurkaan Allah bila ada golongan yang mendakwa Allah mempunyai anak apatah lagi kalau manusia di anggap sebagai Tuhan.

Sunday, December 9, 2007

Kepimpinan menurut Islam

AL-QALAM

Kepimpinan Menurut Islam

0leh: Ustazah Che Norzila Sulong

Pendahuluan
Apabila berbicara mengenai kepimpinan, Islam menentukan bahawa bidangnya amat luas. Lebih tinggi bidang kepimpinannya lebih besar pula tanggungjawabnya. Pemimpin tidak hanya memimpin di dalam sebuah negara, malah pemimpin dalam islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab mengendalikan sesuatu urusan. Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab ini maka setiap orang itu mempunyai peranan memimpin. Contohnya seorang bapa diberi tugas memimpin keluarganya, maka ia adalah pemimpin keluarganya. Begitu juga seorang ketua negara yang diberi tugas memimpin rakyat di negaranya, maka ia adalah pemimpin rakyat di negaranya.

Kepimpinan Menurut Istilah Al-Quran
Dalam Al-Quran terdapat beberapa istilah yang diertikan sebagai pemimpin atau yang secara langsung yang menyentuh hal ehwal kepimpinan, antaranya :

- Imam/Imamah
Merupakan satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepada sesuatu arah atau tempat atau memimpin dengan contoh teladan di mana imam itu sendiri mesti melaksanakannya lebih awal dari orang yang dipimpin. Contohnya dalam konteks kewajipan memimpin sembahyang, imam mengangkat takbir dan makmum turut mengangkat takbir sebagaimana imam bertakbir. Begitulah seterusnya dalam segala perbuatan mengerjakan sembahyang itu, apa-apa perlakuan imam mestilah dituruti oleh makmum, oleh itu imam sebagai pemimpin ( leader ) dan makmum sebagai pengikut ( follower ).

- Khalifah
Merupakan suatu jawatan bagi mengantikan seseorang atau mengambil tempat mengikut atau meneruskan. Dalam sejarah kepimpinan Islam, khalifah merupakan penganti Rasulullah S.A.W dalam menerus, mengurus dan mentadbir negara islam.
Khalifah ialah sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang bertanggugnjawab mengatur kehidupan manusia di bumi dfengan berdasarkan kepada wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni lagi mulia untuk mencapai keredhaan allah. Manusia sebagai khalifah ( vicegerent ) yang merupakan wakil Allah di bumi adalah berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhai oleh Allah.

- Amir Al-Mukminin
Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang bermaksud sebagai memberi arahan, pemberi tugas, pemerintah atau mengamanahkan seseorang dengan tugas. Dalam sejarah pemerintahan islam, Amir Al Mukminin merupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara islam.

-Uli Al-Amri
Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankan tugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan kepada rakyat mematuhi apa yang diperintahkan oleh Uli Al Amri sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada Uli Al-Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Selain daripada itu ada juga istilah yang dipakai bagi maksud yang berkaitan dengan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan kerohanian seperti istilah: Mursyid ( penunjuk ), Syeikh ( Ketua ), dan Murabbi ( Pendidik ).

Objektif/Matlamat Kepimpinan
Pada asasnya matlamat kepimpinan adalah :
-Untuk pengabdian/perhambaan diri kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Aku ( Allah ) ciptakan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada aku ( Allah ).

- Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah serta RasulNya. Firman Allah dalam Surah At-Taubat ayat 62 yang bermaksud:

“….Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan dari Allah dan RasulNya, sekirannya mereka adalah dari orang yang beriman”

- Untuk mencapai kesempurnaan akhlak yang mulia. Firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) mempunyai budi pekerti ( akhlak ) yang mulia"

-Untuk menyeru berbuat baik dan mencegah kejahatan
-Untuk mencapai kebahagian, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat dunia dan akhirat.

Kepimpinan Sejagat

Kepimpinan ( leadership ) nabi Muhammad S.A.W adalah contoh ideal dan praktikal yang semestinya diikuti oleh seluruh umat. Baginda diutuskan untuk membimbing seluruh umat, wilayah kepimpinan baginda meliputi alam sejagat dan tidak dibatasi oleh sempada geografi serta tidak pula dikhususkan oleh sesuatu bangsa, kebangsaan dan negara. Dengan demikian kepimpinan baginda adalah bersifat sejagat. Firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 28 yang bermaksud:

“dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui hakikat itu”

Kepimpinan Sebagai Tanggungjawab Dan Dugaan
Menjadi seorang pemimpin, maka bertambah kewajipan seseortang dan makin banyak soalannya dihadapan Allah. Oleh itu, pemimpin di dalam Islam, bukanlah menjadi rebutan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan tetapi tanggungjawab. Meskipun semakin besar tanggungjawab,semakin besar pula ganjaran baik yang disediakan Allah di hari akhirat kepada sesiapa yang melaksanakan tanggungjawab itu. Namun jika tanggungjawab itu diabaikan,maka besarlah risiko dan akibatnya di hari akhirat.

Oleh itu Rasulullah S.A.W sangat berhati-hati supaya pemimpin itu berada di tangan orang yang kuat dari segi ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi dan jasmani, kepintaran akal dan dihormati oleh rakyat. Baginda berhati-hati supaya jangan pemimpin itu jatuh ke tangan orang yang lemah syakhsiahnya sehingga ia lemah melawan nafsunya. Jika ia seorang yang lemah melawan nafsunya sendiri, maka ia tidak dapat mematuhi allah dan tidak terselamat dari factor-faktor kehancurtan seperti rasuah, maksiat dan lain-lain.

Abu Zar Al-Ghaffari meriwayatkan, saya berkata kepada Rasulullah S.A.W Tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah S.A.W menepuk bahu saya dan berkata,” wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan di dalamnya”.

Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah dan dikuasai nafsu tetapi dia adalah seorang manusia yang lemah dalam mengambil tindakan, dia adalah seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan yang menghalangnya bersikap tegas kepada kawan dan lawan. Itu pun dianggap oleh Rasulullah S.A.W apatah lagi orang yang kalah di hadapan nafsu, jahil dan tidak beramal.

Rasulullah S.A.W juga menetapkan dasar bahawa pemimpin itu tidak diberikan kepada orang tidak berkelayakan yang meminta atau berusaha dengan tipu daya supaya dia dijadikan pemimpin, kerana sikap seperti itu akan menjadikan pemimpin itu satu rebutan dan lahir kegiatan serta pengaruh-mempengaruhi yang menyebabkan pertimbangan yang betul untuk lantikan menjadi kacau bilau dan menyeleweng. Oleh itu lantikan itu hendaklah dijalankan dengan pertimbangan yang objektif dan dengan hasrat yang bersih dan suci.

Justeru dalam kepimpinan sesebuah negara, tegak atau robohnya sesebuah negara, maju atau mundurnya peradaban manusia, timbul atau tenggelamnya sesuatu bangsa adalah bergantung kepada baik atau buruk pentadbiran dan kepimpinan yang dimiliki, Para pemimpin atau ketua yang telah dilantik hendaklah melantik pembantu-pembantu yang jujur dan berkebolehan. Tanda-tanda kejujurannya ialah sentiasa bersikap beriman dan tidak mengampu sehingga membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Apabila Allah S.W.T menghendaki seseorang ketua itu menjadi ketua yang baik, ia akan jadikan pembantunya itu bersikap benar. Jika ia lupa ( lupa kepada Allah dan menyeleweng dari kebenaran ) ia mengingatkannya. Jika ia tidak lupa, ia memberi pertolongan dan bantuan kepada ketuanya itu. Jika Allah menghendaki ketua itu menjadi ketua yang lain daripada itu, dijadikan pembantunya seorang yang jahat, jika ia lupa tidak diingatkanya dan jika ia ingat tidak dibantunya” ( diriwayatkan oleh Abu Daud ).

Oleh kerana tugas pemimpin itu berat dan luas, maka ganjaran baik yang disediakan untuk pemimpin di akhirat yang menjalankan kewajipannya adalah besar. Dianatara tujuh orang yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang akan mendapat perlindungan Allah ialah pemerintah yang adil yang diletakkan di senarai yang pertama. Sebaliknya mereka yang menjadi pemimpin sedangkan dia tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang selayaknya dan tidak menjalankan kewajipannya maka ia akan menerima balasan yang pedih.Seksaan Allah bertambah berat lagi bagi sesiapa yang menjadikan kedudukannya sebagai pemimpin sebagai jalan untuk kepentingan dirinya dan menipu orang-orang yang dipimpinnya.

Oleh kerana tugas pemimpin adalah besar dan tugas itu tidak dapat dijalankan melainkan dari kerjasama orang yang dipimpinnya maka Allah menentukan supaya orang yang dipimpin itu hendaklah mematuhi ketuanya di dalam semua suruhan yang disukai atau tidak kecuali suruhan untuk melakukan maksiat dan melanggar hukum-hukum Allah.

Penutup
Sesungguhnya setiap orang itu mempunyai tugas-tugas kepimpinan. Sebaik-baik kepimpinan ialah kepimpinan Rasulullah S.A.W kerana kepimpinan baginda sentiasa berpandu kepada wahyu, syariat dan petunjuk Allah dalam kepimpinan sejagat. Sebagai pemimpin sewajarnya bertanggungjawab menyambung risalah baginda ke arah memakmur, memperbaiki, menegakkan keadilan, mententeramkan serta berkesanggupan untuk meningkatkan ketinggian nilai dan martabat seluruh umat manusia. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, November 26, 2007

fatwa sains

Fatwa Sains Dan Teknologi


Apakah hukumnya jika menggunakan kaedah bayi tabung uji untuk mendapatkan anak?

i. Bayi tabung uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah.
ii. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak.
iii. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

2. Apakah pandangan Islam tentang kewujudan bank air mani

i. Mengadakan bank air mani adalah haram dalam Islam
ii. Sekiranya bank air mani telah sedia wujud maka kerajaan hendaklah bertindak untuk menghapuskannya
iii. Permanian beradas yang dilakukan kepada manusia adalah haram kecuali jika air mani daripada suami didapati secara muhtaram (yang diluluskan oleh syarak), dibenarkan oleh Islam..
iv. Penglibatan doktor pakar atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan bank air mani adalah haram

3. Bagaimanakah pandangan Islam tentang pemindahan jantung dan mata orang mati kepada orang yang hidup?

Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambil kira:

Di dalam keadaan mendesak dan mustahak (dahrurat), bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya
Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya
Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.


4. Bagaimanakah hukum jika seseorang Islam menderma darah kepada orang bukan Islam dan sebaliknya?

i. Menderma darah hukumnya harus
ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam
iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.


5. Bagaimanakah pandangan Islam terhadap pembedahan mayat orang Islam (post-mortem)?

Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan bedah siasat atau si mati tertelan benda berharga atau si mati sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.

6. Bolehkah kandungan janin digugurkan kerana berlaku kecacatan pada janin tersebut?

Adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu

7. Bagaimanakah pandangan Islam bagi seseorang perempuan yang menggugurkan kandungan atas nasihat doktor yang disebabkan kecacatan

i. Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.

ii. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami isteri.

iii. Ijmak Fuqaha’ berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

8. Apakah hukumnya menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu babi?

Penggunaan berus yang diperbuat daripada bulu babi adalah haram. Sekiranya tidak pasti sama ada berus tersebut daripada bulu babi atau tidak maka harus digunakan.


9. Apakah hukumnya menggunakan baja yang diperbuat dariapda najis seperti najis khinzir,lembu dan sebagainya

i. Bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughallazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh.

ii. Bahawa makanan ayam yang diperosses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus atau halal


10. Bagaimanakah kedudukan Mak Nyah dalam Islam?

i. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

ii. Seseorang yang dilahirkan "khunsa musykil" iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan, lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.


11. Pandangan Islam mengenai pengklonan
Panel Kajian Syariah dalam mesyuaratnya pada 1 Mac 2002 telah memutuskan bahawa:
1) Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
i) Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmat kejadian manusia seperti yang diterangkan Allah SWT di dalam ayat 70, surah AI-Isra', dan ayat 12-14, surah Mu'minun, juga ayat 4, surah At-Tin.
ii) Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat. Akibatnya, akan terhakis ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan undang-undang. Hal ini bukan sahaja akan menafikan hak si anak, malah akan menimbulkan komplikasi, jika si 'ayah' atau si 'ibu' tidak lagi mahu bertanggungjawab terhadap hak tersebut. Kedudukan anak serta ibu tidak lagi terjamin dari segi nafkah, harta pesaka dan sebagainya setelah berlaku perpisahan atau kematian.
iii) Kebenaran menggunakan kaedah ini kepada wanita yang tidak berkahwin akan menambahkan lagi masalah ibu tunggal dan anak yang tidak mendapat kasih sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius dalam jangka panjang, iaitu berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan lagi kerana pembiakan tidak lagi bergantung kepada sperma lelaki.
iv) Kaedah ini juga akan memusnahkan institusi keluarga, dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut di dalam ayat 30, surah Ar-Rum. '

12. Apa pandangan Islam mengenai Botox?

Muzakarah Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin memutuskan:
i. Suntikan Botox untuk tujuan kosmetik adalah haram kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
ii. Bagaimanapun, suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan penggunaannya dikategori sebagai dalam keadaan dharurat dan berdasarkan keperluan serta dilakukan oleh pakar bertauliah.

13. Hukum diagnosa genetik implantasi (PGD)

Hukum menentukan jantina anak dengan cara saintifik tidak melanggar hokum agama. Hukum harus berdasarkan beberapa syarat iaitu:

i.menggunakan benih saumi isteri sah

ii. Manusia hanya berusaha tetapi tidak boleh terlalu yakin
iii. Tidak terbabit pihak ketiga (mrnggunakan mani orang lain selain suami wanita berkenaan)


Petikan daripada Keputusan Fatwa Kebangsaan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Sunday, November 18, 2007

Selamat Datang Ke Blog CITU.


Selamat datang ke blog CITU UiTM Terengganu, Kampus Dungun. Kami di CITU mengalu-alukan kunjungan saudara-saudari ke blog kami. Mudah-mudahan persoalan yang dipaparkan di dalam blog ini sedikit sebanyak boleh menambah pengetahuan atau memberi informasi baru yang berfaedah kepada kita semua. Kami meraikan sebarang pandangan dan komen ke arah penambahbaikan blog kami. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan kami alu-alukan. Kerjasama dari saudara-saudari semua kami dahulukan dengan ucapan jazaaka Allah khairan kathiraa.
Dari meja koordinator.