Rasulullah s.a.w:
Satu Sorotan Sejarah
Oleh:
NOR ADILA BT. MOHD NOOR
1- PENGENALAN
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan Allah sebagai pencipta kepada sekelian makhluk.
Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah mahukan semua manusia supaya mencontohi sifat-sifatnya.
2- DETIK KELAHIRAN.
Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga.
Saatnya telah tiba. Aminah melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang, kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri, sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga.
Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang baharu sahaja diterima itu.
3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)
Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w sehari sama dengan pertumbuhan kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya.
Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah. Tangannya lembut bagaikan sutera.
Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.
Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.
4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W.
Adalah Rasulullah s.a.w itu seorang yang pemalu dan rendah hati. Baginda menjahit sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati.
Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka.
Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga hamba-hamba sahaya.
Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah dan sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat.
Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan.
Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya.
Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki, Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata yang sangat lembut dan senang didengar oleh semua orang.
Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w itu sangat mulia dan luhur. Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
5- SEDUTAN PERISTIWA.
1 Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000 ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil.
2 Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun.
3 Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya. Dalam perjalan pulang bondanya wafat.
4 Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
5 Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.
6 Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab.
7 Usia 35 tahun Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaum mengenai Hajar Aswad.
8 Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul
9 Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj
10 Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut dijadikan sebagai permulaan tahun Hijrah.
11 Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah
6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI.
Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya menentang dan menghentikan seruan Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab.
Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang diseksa ialah:-
1 Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah.
2 Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli keluarganya.
3 Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah padang pasir. Dadanya ditindih dengan batu yang besar.
4 Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar.
5 Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di padang pasir hingga mati.
6 Zunairah seorang hamba Abu Jahal dicucuk matanya dengan kejam hingga buta.
7 Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-Quran di dalam masjid.
Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan supaya mereka kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan.
7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W.
Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan perkara-perkara berikut:-
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Rasul.
4. Beriman kepada Kitab.
5. Beriman kepada hari Kiamat.
6. Beriman kepada Qadhak dan Qadar.
Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-perkara berikut:-
1. Mengucap dua kalimah syahadat
2. Mendirikan solat lima waktu.
3. Puasa di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan Zakat
5. Menunaikan fardhu Haji.
Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:-
1. Sentiasa bersabar.
2. Sentiasa bercakap benar.
3. Sentiasa jujur dalam semua hal.
4. Sentiasa bersifat Amanah.
5. Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua.
6. Sentiasa bertawakal kepada Allah.
7. Sentiasa menepati janji.
8. Sentiasa merendah diri.
9. Baik hati.
10. Pemaaf dan lain-lain lagi
8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W.
Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-
1. Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula Baginda dilahirkan.
2. Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah.
3. Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan kesejahteraan.
4. Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang pasir.
5. Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan.
6. Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman yang sidikit tetapi cukup.
7. Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak membunuhnya.
9- PENUTUP.
Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban jauh ke dalam perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa.
Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.
Monday, February 23, 2009
Saturday, January 3, 2009
Fadhilat surah Yasin
Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk di baca ke atas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun sebahagian ulamak hadith telah mempersoalkan sebahagian daripada riwayatnya.)
Posted by Editor at Saturday, January 03, 2009
Labels: Bahasa Malaysia, Fadhilat, S.036-Surah Yaseen

Siapa HAMAS?
SERANGAN GANAS ISRAEL: PATUTKAH HAMAS DIPERSALAHKAN
Dr. Mohd Sabri Abdul Ghafar
CITU UiTMT
Muqaddimah
Israel menyerang Semenanjung Gaza dengan alasan bertindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang HAMAS. Dakwaan tersebut telah disokong oleh wakil Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika menolak usul genjatan senjata yang dicadangkan oleh negara-negara angota yang lain. Alasan yang diberikan oleh Israel kemudiannya ternyata meleset apabila setiap serangan bukan hanya HAMAS yang menjadi sasaran, malah kesemuanya mengorbankan lebih 1330 orang rakyat Palestin yang tidak berdosa samada bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak terlibat sama sekali dengan peperangan. Malah serangan Israel juga dihalakan kepada kemudahan awam seperti masjid, hospital, sekolah dan sebagainya. Lebih mengejutkan lagi (terutamanya PBB) apabila konvoi bantuan PBB dan sekolah yang dibiayai oleh PBB turut diserang dan dimusnahkan.
Dalam masa yang sama pemerhati-pemerhati politik pula berpendapat serangan Israel itu lebih bermotifkan untuk mendapat sokongan rakyat Israel dalam pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Jika benar pendapat tersebut, maka sudah tentulah serangan roket HAMAS itu dijadikan kambing hitam oleh Israel. Walauapapun alasan yang diberikan, ternyata serangan ganas Israel itu berpunca dari sentimen anti-HAMAS yang membuak-buak yang tidak dapat disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin Yahudi. Perseteruan antara kedua-dua pihak ini adalah berpunca dari perebutan ke atas negara Palestin sejak berabad-abad lamanya.
Palestin: perebutan antara Islam dan Yahudi
Palestin purba (5000-1400 SM) dikenali dengan tamadun Natuf (zaman batu pertama). Kedatangan Kabilah Kan’an (yang berbangsa Arab) dari Semenanjung Arab pada kira-kira tahun 2500 SM ke Palestin menjadikan mereka penduduk pribumi di sana. Mereka telah membina lebih kurang 200 buah kota yang sebahagiannya kekal sehingga sekarang seperti Khalil, Baitlaham, Haifa dan Asqalan. Selain Kabilah Kan’an terdapat juga kabilah Arab yang lain seperti Umuriyah yang juga kemudiannya menjadi kaum pribumi Palestin.
Nabi Ibrahim a.s. datang ke Palestin kira-kira tahun 1900 SM. Apabila baginda wafat, tugas dakwah diserah kepada anaknya Nabi Ishak a.s. dan kemudiannya Nabi Ya’kub a.s. Anak-anak Nabi Ya’kub telah berhijrah ke Mesir. Disebabkan kezaliman Fir’aun kaum Bani Israel keluar dari bumi Mesir dan kembali ke Palestin. Palestin pada ketika itu di pimpin oleh Nabi Daud a.s. (1004-963 SM) dan Nabi Sulaiman a.s. (963-923 SM). Baginda telah membangunkan tamadun yang hebat di bumi Palestin.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman Palestin telah berpecah kepada dua: kerajaan Israel di utara Palestin (923-721 SM) dan kerajaan Yahuda (923-586 SM). Kedua-dua kerajaan ini sentiasa berperang antara mereka. Kerajaan Israel kemudiannya jatuh ke tangan puak Assyuria. Penduduk Bani Israel lari ke kota Harran, Kurdistan dan Parsi. Kerajaan Yahuda jatuh ke tangan Babylon (raja Nebuchadnezar) pada tahun 586 SM. Kehancuran kedua-dua kerajaan ini disebabkan kezaliman dan kejahatan yang mereka lakukan. Pemerintahan Bani Israel berlangsung selama empat abad lamanya.
Palestin kemudiannya diperintah oleh empayar Parsi (539-332 SM), Greek (332-63 SM) dan Rom Timur (63 SM – 636 M). Sepanjang tempoh pemerintahan Parsi, Greek dan Rom, bangsa Yahudi telah bertebaran di Eropah, Rusia dan Turki. Namun bangsa Arab masih terus kekal berada di Palestin. Sungguhpun terdapat usaha kaum Yahudi untuk kembali berkuasa di Palestin, semuanya dapat dipatahkan oleh pemerintah Palestin.
Palestin dibebaskan dari empayar Rom oleh tentera Islam di zaman Umar al-Khattab pada tahun 636 dan ia berkekalan sehingga 1917. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Kristien (Salib) pernah menjajah Palestin selama 88 tahun (1099-1187) namun tidak berjaya mengubah agama dan identiti rakyat Palestin. Buat kali keduanya, Palestin ditawan semula oleh Salahuddin al-Ayyubi. Pemerintahan Islam selama 13 abad telah berjaya membawa rakyat Palestin menjadi umat yang terbaik. Ramai ulama tersohor dilahirkan dari bumi Palestin termasuklah Imam al-Shafie yang berasal dari Gaza.
Kelemahan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang memerintah Palestin (1516-1917) telah memberi laluan kepada Yahudi-Zionis untuk kembali ke Palestin. Sewaktu persidangan London (1905-1907), idea pembentukan ‘Negara Kawalan’ (Buffer State) telah ditimbulkan. Tujuan utama penubuhan negara tersebut ialah untuk memisahkan perpaduan umat Islam di dua benua, Asia dan Afrika. Di samping itu negara ini juga dijadikan agen yang akan menimbulkan ketegangan dan huru-hara yang akan melemahkan negara-negara Islam yang berjiran dengannya. Kekuatan Negara Kawalan ini sudah tentulah bergantung kepada bantuan kuasa Barat dan negara yang memusuhi Islam.
Akibat kempen anti-semitism yang dilancarkan oleh pemerintahan Rusia, bangsa Yahudi telah lari dari Rusia dan pergi ke Eropah. Mereka tidak disenangi oleh bangsa Eropah kerana percubaan mereka untuk menguasai politik dan ekonomi. Atas seruan Zionis, kaum Yahudi yang berada di Barat dan di Timur (yang kebanyakannya bukan berasal dari keturunan Bani Israel yang asal) telah berhijrah ke Negara Kawalan di Palestin. Langkah ini dipercepatkan demi menyelesaikan ‘Masalah Yahudi’ (the Jewish Problem) tersebut.
Secara rasminya, negara Israel telah diisytiharkan pada petang 14 Mei 1948. Perisytiharan itu dibuat setelah mereka mengalahkan tentera bersekutu Arab dalam perang Arab-Israel 1948. Akibatnya, 78% bumi Palestin jatuh ke tangan Israel. Sebanyak 478 buah penempatan rakyat Palestin dihancurkan. Seramai lebih 800 ribu (60%) rakyat Palestin diusir dan dihalau keluar setelah mereka tinggal di sana selama 4,500 tahun.
Bermula dari peristiwa tersebut Yahudi semakin lama semakin berani menakluk bumi Palestin. Mereka sedar bahawa mereka telah dibuang oleh manusia di Timur, mahupun di Barat. Dengan bantuan Barat, Israel semakin berani mengganas dan merampas bumi umat Islam Palestin dan melakukan apa sahaja tindakan demi mencapai matlamat mewujudkan sebuah negara Israel yang kuat dan selamat dari sebarang ancaman.
Penentangan rakyat Palestin ke atas negara Zionis-Israel.
Penentangan terhadap regim Yahudi pada mulanya didokong oleh negara-negara Arab seperti Mesir, Syria dan Jordan. Namun setelah beberapa kali usaha dan peperangan dilancarkan oleh negara-negara ini gagal, terutamanya perang 1948 dan 1967, maka rakyat Palestin cuba untuk bangkit sendiri menentang Israel. Negara-negara Arab tidak berjuang secara bersungguh-sungguh untuk membebaskan Palestin, bahkan hanya sekadar mengambil peluang untuk menjadi jaguh di kalangan jiran-jiran Arab yang lain.
Apa yang menyedihkan negara-negara tersebut selepas itu sudah tidak menghiraukan nasib rakyat Palestin, malah ada yang menyekat dan menghalang pejuang Palestin dari melancarkan serangan ke atas Israel dari sempadan negara mereka. Langkah begini diambil disebabkan sikap pengecut negara Arab kepada serangan balas Israel ke atas negara mereka. Demi untuk mengelak persengketaan dengan negara-negara jiran Arab, Israel telah mengadakan beberapa siri perjanjian yang membawa kepada pengiktirafan Israel di kalangan negara-negara Arab.
Kecewa dengan sikap negara Arab tersebut rakyat Palestin telah bangun sendiri menentang Israel. Perjuangan rakyat Palestin menentang negara Zionis Yahudi telah melalui banyak liku. Pada peringkat awalnya gerakan-gerakan penentangan dipimpin oleh para ulama. Pada fasa berikutnya gerakan penentangan menjadi semakin banyak dengan membawa fahaman dan aliran yang berbeza-beza. Ada yang berfahaman nasionalis, komunis, sosialis, Baath dan ada yang Islam. Dua gerakan yang mendapat sokongan meluas rakyat Palestin ialah gerakan FATAH dan PLO.
Pada peringkat awalnya, gerakan-gerakan ini melancarkan penentangan secara terbuka dengan melancarkan beberapa siri demonstrasi anti-Israel. Namun setelah menemui jalan buntu gerakan ini telah berubah haluan dan mengambil jalan singkat untuk berdamai dengan Israel melalui Perjanjian Oslo pada 13 September 1993. Melalui perjanjian ini Israel telah bersetuju memberi kuasa autonomi kepada PLO untuk mentadbir wilayah yang ditetapkan dengan syarat PLO mesti mengekang kebangkitan rakyat Palestin menentang Yahudi Israel.
Langkah PLO itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan sepenuhnya bumi Palestin dari regim Zionis. Sekalipun Israel memberi kuasa autonomi kepada PLO, namun Israel telah menafikan sebahagian besar hak-hak rakyat Palestin yang lain. Strategi pecah dan perintah telah digunakan secara berkesan oleh Zionis Yahudi. Rakyat Palestin kini terbahagi kepada dua puak yang sering bertelagah sesama sendiri, ada yang menyokong PLO (yang sealiran dengan FATAH) dan ada pula yang menyokong gerakan yang tidak setuju dengan FATAH dan PLO yang terdiri dari aliran Islam yang didokong oleh HAMAS.
HAMAS (Harakah al-Muqawamat al-Islamiyyah) merupakan sayap Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1987. HAMAS menjalankan usaha membina para pejuang melalui tarbiyah yang cukup tersusun untuk menyediakan barisan pejuang jihad menentang Israel. Gerakan HAMAS bukan hanya tertumpu kepada jihad bersenjata, malah juga bergerak membangunkan bidang pendidikan, kesihatan, sosial, ekonomi dan politik. Pengaruh HAMAS semakin hari semakin bertambah dan menular di segenap pelusuk bumi Palestin. Seruan jihad HAMAS telah disambut oleh pemuda-pemuda Palestin dengan melancarkan intifadah pertama dan kedua. Bilamana pilihanraya diadakan, HAMAS telah mendapat mandat rakyat Palestin dengan meraih majoriti kerusi majlis perundangan.
Sungguhpun HAMAS telah dipilih oleh rakyat Palestin secara sah dan demokratik, Israel tetap enggan menerima kerajaan yang dipimpin oleh HAMAS. Israel bertindak ganas untuk menghapuskan HAMAS dengan membunuh dan memburu pemimpin dan pejuang-pejuang HAMAS. Mereka sanggup menghancurkan segala-galanya demi mencapai cita-cita melenyapkan penentangan rakyat Palestin yang diketuai oleh HAMAS. Bagi Israel menyerang HAMAS tidak akan sempurna jika rakyat Palestin tidak diserang. Dendam Israel ke atas rakyat Palestin adalah kerana rakyat Palestin menyokong perjuangan HAMAS yang bercita-cita menghapuskan Israel.
Salahkah HAMAS menyerang Israel ?
Sesungguhnya mana-mana serangan yang dilancarkan oleh rakyat Palestin ke atas Israel berpunca dari sikap Israel yang kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan dalam hubungan mereka dengan rakyat Palestin. Sikap Israel ini amat jelas kelihatan sejak kedatangan mereka ke Palestin sehingga kini. Rakyat Palestin ditekan, diburu, disekat dari dunia luar, dinafikan hak sebagai pribumi, dibunuh dengan kejam, dipenjara dan diseksa secara luar biasa dan sebagainya. Layanan Israel terhadap rakyat Palestin lebih teruk dari layanan yang diberikan kepada haiwan.
HAMAS berjuang membebaskan rakyat Palestin dari cengkaman Israel. Rakyat Palestin memilih HAMAS setelah merasa bosan dengan kegagalan demi kegagalan gerakan-gerakan yang sedia ada yang berjuang samada secara bersenjata atau secara diplomasi. HAMAS bersikap tegas untuk tidak membenarkan entiti Israel yang tidak sah berada di bumi Palestin. HAMAS bergerak secara demokratik dan mendapat mandat yang sah dari rakyat Palestin. HAMAS tidak bergantung kepada negara-negara Arab yang bersekongkol dengan Amerika yang menjadi sekutu Israel. HAMAS diharapkan akan sekali lagi berjaya membebaskan Baitul Maqdis dari tangan Zionis Yahudi. HAMAS diharapkan akan dapat terus bertahan dan tetap gagah demi menyelamatkan maruah seluruh umat Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)