Saturday, January 12, 2008

Sejarah Azan dan Iqaamah

SEJARAH AZAN DAN IQAMAH
Di dalam Sunan Abu Daud, tercatat;

Dari Abdullah, dia berkata bahawa Nabi saw memerintahkan supaya menggunakan loceng untuk menyeru manusia mengerjakan solat. Di dalam tidur, saya bermimpi, seorang lelaki melintas di hadapan saya dengan membawa sebuah loceng di tangannya. Saya berkata kepadanya, “wahai hamba Allah apakah kamu mahu menjual loceng ini?” Dia menjawab, “mahu saudara gunakan untuk apa?” Saya menjawab, “untuk saya gunakan memanggil orang mengerjakan solat.” Dia berkata, “apakah saudara mahu saya tunjukkan cara yang lebih baik?”.Saya menjawab, “baiklah, terima kasih.” Dia berkata, “ Allaahu Akbar, Allaahu Akbar ………………”.hingga akhir lafaz azan. Kemudian dia pergi tidak jauh dari saya dan berkata lagi, “bila akan dilaksanakan solat, berkatalah, Allaahu Akbar, Allaaahu Abkar ………………” .hingga akhir lafaz iqaamah.
“ Demikianlah, setelah pagi,saya datang berjumpa Rasulullah saw. dan memberitahu mimpi tersebut.Rasulullah saw bersabda, “benarlah , itu adalah mimpi yang benar dari Allah, Insya Allah. Temuilah saudara kamu Bilal dan sampaikan mimpi kamu itu kepadanya supaya dia melakukan azan seperti mana dalam mimpi mu itu kerana dia mempunyai suara yang lebih keras dari kamu.” Saya pun menemui Bilal dan memberi tahu mimpi tersebut lalu dia pun mengumandangkan azan.”
“Apabila Saiyiddina Umar yang berada di rumahnya mendengar azan Bilal lalu keluar dengan pakaian berjelai dan berkata, “ Ya Rasulullah (saw), Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan membawa kebenaran, benar-benar saya pun bermimpi seperti mana mimpi Abdullah bin Zaid.” Baginda saw menjawab, “Alhamdulillah.”

Dikatakan bahawa belasan sahabat Nabi yang bermimpi dengan mimpi yang sama dengan mimpi Abdullah bin Zaid.

Kesimpulan:
1. Asas ketetapan azan dan iqaamah adalah melalui hadith Rasulullah saw.
2. Perbuatan , percakapan dan mimpi yang dibenarkan oleh Nabi saw adalah hadith.

3 comments:

  1. salam..
    oh ingtkan bilal yg bermimpi ttg azan..rupanya sahabat nabi yg lain..syukran atas ilmu ini..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..kisah bagaimana azan dan iqamah bermula ini akan saya nukilkan dalam artikel yang akan saya bacakan di Masjid Kg Bunut, Brunei Darussalam pada 31hb Mei 2009.

    Islam itu penuh dengan sejarah yang menandakan Maha Agungnya Allah.

    ReplyDelete
  3. ustazah apa status hadis diatas?

    ReplyDelete