RENUNGAN….
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.*
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.*
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.*
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.*
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.*
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.*
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.*
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.*
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.*
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.*
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,*
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.*
Apabila manusia telah mengubah tabiat,*
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.*
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.*
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.*
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.*
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.*
Semua nak tunjuk kuat.*
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.* Tapi hidup pula yang melarat.*
Tali kasut dah tak berikat.* Rambut pun jarang sikat.*
Yang perempuan, pakai mini sekerat.*
Suka pakai baju ketat.*
Suka sangat menunjukkan pusat.*
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.*
Pakai pulak yang singkat-singkat.*
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.*
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.*
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.*
Duduk jauh berkirim surat.*
Bila berjumpa, tangan berjabat.*
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.*
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.*
Usah peduli agama dan adat.*
Usah takut Allah dan malaikat.*
Yang penting apa kita nak buat?*
Kita 'bukti' lah kita buat.*
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.*
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.*
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.*
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.*
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat
* Habis manusia telah tersesat.*
Inilah dia fenomena masyarakat.*
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,* Marilah kita pakat mengingat,* Bahawa dunia hari ini makin singkat,*
Esok atau lusa mungkin kiamat,*
Sampai masa kita semua akan berangkat! .*
Berangkat menuju ke negeri akhirat.*
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.*
Masa tu, sendiri mau ingat.*
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?*
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?*
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?*
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa
No comments:
Post a Comment