Mukminah Mujahidah
pasti ingin menjadi Siti Khadijah
menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fi sabiilillah
ingin sezuhud Fatimah
akur tanpa jelak setiap perintah
mengagumi dan citakan
gedung ilmu Siti Aisyah
ingin menyelami ketabahan Siti Hajar
menggendong puteranya yang masih merah
di padang pasir yang merekah
pun jiwa ingin sekudus Rabiatul Adawiyah
tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiyyah
bagai cekalnya hati Zainab al-Ghazali
pasrah pada mehnah perjuangan
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasad dicelah jeriji
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi Islam galang gantinya bukan menyerah
atau setidaknya mengimpikan
hidup semulia Maryam Jameelah
berteman pena menongkah arus kepayahan
roh jihad perlu disemarakkan
redha lah redhalah Ya Allah
mukminah menjadi sayap kiri perjuangan
teguh menatang perjuangan srikandi ummah
hanya kerana Islam
Ummah merindui
kemunculan peribadi
muslimah, mukminah, mujahidah
yang hanya mahukan
tegaknya kalimah
Allah Yang Esa
mati dalam keteguhan iman
kemuliaan syahid
terpanggung gagah bagai harumnya pusara Mashitah
Ayuh!
ISLAM DAULATKAN
5 jun 2008
Friday, January 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment