Friday, January 4, 2008

Demi Kerana Mu

Keesokan harinya mataku ditutup, telinya di disumbat dan ditutupi dengan muf telinga, aku dirantai, tangan dirantai ke pinggang dan digari, sepanjang penerbangan yang mengambil masa, lebih kurang 24 jam itu aku tidak dapat mendengar,melihat atau menyentuh sesuatu pun.
Daniel Joseph Maldonado, saudara baru berasal dari Amerika telah ditahan oleh tentera Kenya pada Jan 2007 dan kemudiannya telah diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika. Pada bulan April beliau mengaku bersalah atas tuduhan menerima latihan ketenteraan pengganas dari sebuah organisasi luar Negara. Pada bulan Jun beliau mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun’ Kisah eksklusif ini diterima secara langsung dari beliau di Pusat Peahanan Persekutuan di Houston.Kisah ekslusif ini menjelaskan sebab penghijrahannya ke Somalia, kematian tragis isterinya Umm Muhammad, penangkapannya di Kenya, penahanan di sana dan seterusnya penyerahan kepada Amerika.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad. Assalamu Alaikum wa Rahmahtullahi wa Barakatuhu.
Berhijrah bersama Umm Muhammad (Semoga Allah menerimanya):
Sebaik sahaja aku dan isteriku (semoga Allah menerimanya) mendapat tahu bahawa sebuah Negara Islam telah tertegak di Somalia, terutama selepas pembukaan Mogadishu, kami mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana dari Mesir. Tanpa berlengah kami merancang dan cuba menjual segala apa yang terdapat di dalam apartmen kami. Selepas ditawarkan dengan wang sebanyak $7,000-$8,000, Umm Muhammad (semoga Allah menerimanya) mengeluarkan satu kenyataan yang sangat indah. Dia berkata, “Kamu tahu kan bahawa segala apa yang terdapat di dalam apartmen ini jumlahnya adalah lebih dari yang ditawarkan... tetapi apa yang ditawarkan oleh Allah kepadaku adalah jauh lebih tinggi!” Lalu dia pun memberikan segala yang ada di dalam apartmen itu kepada seseorang untuk diagih-agihkan kepada orang-orang susah disebuh perkampungan kecil. Bukan itu saja, kami masih mempunyai wang baki sebanyak $2,800 setelah membeli tiket kapalterbang dsb. Dia memutuskan untuk memberi $2,000 kepada seorang kawan yang menanggung hutang yang berat demi untuk mendapat sebanyak mungkin rahmat bagi penghijrahan kami yang mendatang itu.
Semua itu tadi aku niatkan sebagai bahagiannya dan Allah menjadi saksi atas apa yang aku katakan. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak $800 kami meninggalkan Mesir... Adakah dia berhenti setakat itu sahaja? Tidak, dia masih memberi kepada yang memerlukan! Sehingga ke hari ini aku mungkin hanya tahu separuh sahaja dari kebaikan yang dilakukannya. Dia memang suka menyembunyikan kebaikannya
Perlu dinyatakan di sini bahawa kami menghabiskan masa selama tiga hari di lapanganterbang (Dubai), menunggu penerbangan seterusnya. Apa kata Umm Muhammad tentang keluar bersiar-siar di bandar Dubai? Katanya, “Aku tinggal bersama orang-orang miskin di Mesir; aku akan tinggal bersama orang-orang miskin di Somalia. Dubai hanya akan menjadi suatu fitnah (ujian).” Oleh itu kami pun bermalam di lapanganterbang sahaja. Aku masih dapat bayangkan bagaimana dia tersengguk-sengguk menyusukan bayi kami di dalam abayanya.
Dia menjadi terlalu taat dengan agama; segala apa tentang dirinya berubah menjadi semakin baik. Keimanannya meningkat kesatu tahap yang tidak pernah aku lihat sebelum ini! Dia menjadi sangat warak, dan bertawakal kepada Allah sepenuhnya sehinggakan aku sendiri sudah ketinggalan berbanding dengannya... ketinggalan jauh! Ketika aku berjauhan darinya dan anak-anak, aku akan cuba menghubungi mereka sekerap mungkin. Kami akan saling memuji-muji Allah dan menyuarakan rasa saling cinta menyintai. Kesabarannya sungguh mengkagumkan!
Selepas peristiwa pengeboman lapanganterbang Mogadishu, aku menasihatinya untuk membawa anak-anak turun ke Selatan untuk bersamaku secepat mungkin. Aku masih ingat bagaimana aku bertanya kepadanya, “Kamu ada mendengarnya (pengeboman)?” Katanya, “Ada”. Aku bertanya, “Takut tak?” Dengan selamba dia berkata, “Tidak”.
Aku bertemu dengannya dan anak-anak disebuah pekan yang terletak di pertengahan laluan di antara kawasan yang baru ditinggakannya dan kawasan yang akan kami tujui sebelum dia meninggalkan negara ini. Perjalanan yang payah itu membuat seluruh abayanya diselaputi debu; matanya nampak keletihan. Aku menghampirinya seraya berkata, “Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah melihat kamu secantik ini!”
Kemudian kami terus menuju ke selatan. Kami bermalam di sebuah rumah bersama beberapa keluarga lain sebelum berpergian keesokan harinya. Selepas subuh, para muslimat mula bersedia untuk memulakan perjalanan. Umm Muhammad tidak mahu berganjak. Selepas dipujuk olehku dan beberapa orang yang lain, dia – sambil menangis – menurut dan bersedia untuk pergi.
Memandangkan bahawa askar-askar Etiopia sedang menuju ke sini dan muslimat-muslimat lain telah bersedia untuk pergi, dia berfikiran bahawa kemungkinan untuk aku terbunuh adalah tinggi. Makanya kami berbicara dengan lembut dan panjang sambil dia membuat persiapan. Dia berterimakasih kepadaku dengan berkata: “Kamu adalah seorang guru yang terhebat yang pernah mengajarku! Hanya kamu satu-satunya lelaki yang kekal dalam hidupku ini! (Ayah dan datuknya tidak begitu mengendahkannya. Dia membesar dalam sebuah rumah yang dipenuhi oleh kaum wanita.) Kamu adalah seorang lelaki sejati! Aku amat menyintaimu!” Airmatanya berlinang. Kemudian dia berkata sesuatu yang tidak akan dapat aku lupakan: “Maafkan aku... Aku tidak mampu untuk berdoa kepada Allah agar abang syahid. Aku terlalu menyintaimu sehingga aku tidak sanggup untuk melihat abang pergi... lantas aku berdoa agar Allah mensyahidkan aku terlebih dahulu!”
Setelah kami berbicara dengan penuh kasih sayang, SUV yang dinaikinya akan memulakan perjalanan. Matanya bergenang sambil kenderaan mula bergerak. Aku berada di sisi kenderaan itu. Aku berkata kepadanya: “Assalamualaikum wahai wanita ahli syurga, insyaAllah!” Dia bertanya mengapa aku berkata begitu. Aku berkata “Jika wanita itu adalah ahli syurga, engkaulah orangnya, seorang wanita yang berhijrah.”
Dia membaca sepotong ayat Quran sambil SUV itu berlalu pergi... Hari itu adalah Hari Eid. Itulah kali terakhir aku melihat isteriku... Semoga Allah menerima isteriku yang tercinta dan menempatkan aku bersamanya berserta anak-anakku di dalam syurga. Ameen.
Menyelamatkan Diri Di Dalam Hutan
Selepas keluargaku berlepas menuju ke perbatasan, aku meninggalkan tempat tersebut bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Untuk memendekkan cerita, kami di kelilingi oleh helikopter yang menyerang setiap unit dari pertengahan petang hingga maghrib. Keesokkannya kami diserang hendap... ramai yang terkorban dalam serangan tersebut... bagi yang terselamat, kami terkapai-kapai di dalam hutan tanpa sebarang makanan! Bekalan air kami juga habis... Keesokkannya kami berasa teramat dahaga, sehinggakan kami menjilat embun yang terdapat di dedaunan! Kami mencari air selama dua hari. Sepanjang perjalanan kami berdoa agar diketemukan air... Air tetap tidak ditemui, lalu kami mengingatkan sesama sendiri agar memohon keampunan dari Allah kerana orang yang terampun dosanya dimakbulkan doanya. Doa kami dimakbulkanNya, lebih kurang satu batu di hadapan kami bertemu sedikit air. Aku masih ingat bagaimana kami semua menangis dan bersujud syukur. Masih terngiang-ngiang di telinga ini bagaimana salah seorang dari kami mengulang-ulang sebut “Allahul Kareem”. Kami duduk di pinggir sumber air itu dengan sebuah pencedok yang kami jumpa yang kami gunakan sebagai cawan. Seorang akan mencedok air tersebut dan mengunjurkannya kepada yang lain. Berhari juga kami berada di situ.
Selama dua minggu kami tidak makan apa-apa kecuali di awal kesesatan kami. Pada suatu hari kami sampai ke kawasan Savannah; pemandangannya seperti dalam filem Lion King! Kami berhati-hati kerana helikopter masih berterbangan dan kami sedang diburu oleh mereka. Kami terus berada di pinggir hutan sehinggalah kami berasa selamat untuk masuk ke kawasan Savannah yang tinggi rumputnya itu.
Tiba-tiba salah seorang dari kami dapat menangkap seekor anak rusa yang hanya tercegat berdiri menanti kami untuk menangkapnya. Seorang sahabat mengeluarkan sebilah pisau belit dari poketnya. Dia mengarahkan binatang itu menghadap kiblat lalu kami menyembelihnya menurut syariat. Kami mempunyai sebuah pemetik api (yang kemudiannya rosak), beberapa paket bumbu yang dibekalkan oleh isteriku, dan bawang putih yang kami gunakan sebagai antibiotik. Kami memuji Allah sebelum makan. Selepas ini kami tidak makan apa-apa kecuali dedaunan dan sesekali kami memakan siput selama dua minggu lamanya. Lidah kami lebih kerap dibasahkan dengan berzikir daripada air... yang sangat jarang ditemui. Sepanjang dua minggu itu, ada kalanya kami tidak dapat minum selama satu atau dua hari. Kami berjalan dan terus berjalan dalam keadaan lapar dan dahaga. Kami terlalu kekurangan zat makanan sehingga kulit kami disekeliling tulang selangka terasa ketat.
Pada suatu hari, kami sekali lagi terserempak dengan sebuah kawasan padang yang lapang, tetapi yang ini banyak dilitupi air. Di belakang kami hutan dan di hadapan pula berbatu-batu luasnya paya air cetek. Kami perlu merentasi paya tersebut untuk sampai ke kawasan hutan di sebelah sana. Kami mengenangi air di paras dada dari pertengahan petang hingga kekeesokkan pagi... Ini adalah teramat sukar buat kami kerana kami tidak dapat berehat atau duduk. Sudah dekat waktu subuh barulah kami dapat keluar dari kawasan paya itu. Seumur hidupku aku tidak pernah terasa sesejuk itu! Aku teringat bahawa Umm Muhammad (semoga Allah menerimanya) ada membekalkanku dengan beberapa paket pemanas. Paket itu akan menjadi panas bila dibuka. Aku pun menggunakannya bersama sahabat-sahabat yang lain. Aku teringat bagaimana aku pernah bertanya kepadanya dengan kehairanan: “Apalah yang aku nak buat dengan pemanas tangan ini di Afrika?” Dengan bersahaja dia berkata: “Manalah tahu...”
Tidak lama sebelum insiden ini, aku bermimpikannya. (Aku tidak tahu bahawa dia telah meninggal dunia). Dia memakai sehelai hijab sutera berwarna biru dan mukanya tidak berjilbab (dia sentiasa berjilbab sewaktu berada di luar rumah). Hijabnya meleret jauh, sejauh mata memandang. Aku terpaksa memanjat hijabnya itu! Aku kemudiannya berbaring di sebelahnya, merenung anak matanya seraya berkata: “Aku cinta kamu...” Dia menjawab “Aku cinta kamu 63 kali.” Sehingga kehari ini aku masih tertanya-tanya maksud mimpi tersebut.
Beberapa malam kemudian, seorang sahabat memberitahuku bahawa dia bermimpi tentang keluargaku – walaupun dia tidak pernah bertemu dengan isteriku. Perlu diingat, pada waktu itu aku masih belum tahu akan kematian isteriku itu. Dia berkata bahawa isteriku dilihat berada disebuah meja putih yang panjang, di atasnya terhidang makanan yang sungguh cantik. Anak-anakku bermain berlari-lari. Isteriku kemudiannya berkata kepada mereka, “Sabarlah sabar, ayah akan bersama kita tidak lama lagi.” Mengenang kembali, aku dapati bahawa mimpi-mimpi ini begitu luarbiasa.
Penangkapan dan Penahanan di Kenya
Ditakdirkan selepas kehausan dan kelaparan selama dua minggu, kami bertemu dengan sebuah kampung kecil di Kenya. Memandangkan perkampungan itu adalah perkampungan Muslim, sesetengahnya boleh berbahasa Arab. Mereka memberi kami minuman dan makanan. Masihku ingat bagaimana aku dan sahabat-sahabat lain menjatuhkan diri lalu bersujud syukur kepada Allah sambil menitiskan airmata lebih kurang sejam lamanya.
Kami dibawa ke sebuah masjid untuk berehat menghilangkan kelelahan. Selepas dibom, dihujani peluru-peluru yang sipi mengenai kepalaku, kematian teman-teman, kelaparan dan tidur di tempat yang dipenuhi semut dan kutu, aku hampir tidak perasan ada seekor tikus sedang merayap di kakiku. “Akhee, tikus!” Aku menepisnya seperti menepis seekor lalat sahaja; aku terlalu kepenatan.
Tiba-tiba ada orang berteriak “Askar!” Tentera Kenya menerjah masuk, menarik kami keluar, membaringkan kami di atas tanah dan memukul sebahagian besar dari kami. Kemudian dalam keadaan separuh telanjang kami dihumban masuk bertindih-tindih ke dalam truk. Dimalam yang dingin membeku kami kemudiannya di bawa menerobos hutan ke sebuah bandar yang lain. Dicampak keluar dari truk, ditolak ke sana ke mari, dipukul lagi, ditertawakan, dihina dan difilemkan, kemudian kami disumbat ke dalam bilik kurungan yang kecil dan kotor. Empat dinding dan sebuah baldi, itu saja. Tiba-tiba aku dan seorang sahabat dari Yaman menyanyikan lagu “Ghurabaa” (Yang asing). Kami malah menangis. Pada malam itu juga kami di tolak ke sana ke mari, dipukul dan disoalsiasat oleh polis Kenya.
Keesokan paginya, kami dikejutkan lalu diikat dengan kabel, ditutup mata, diejek dan dihumban ke dalam truk yang membawa kami ke sebuah helikopter. Kami dicampak dari atas truk tersebut ke tanah dan dinaikkan ke helikopter, kemudian kami dibawa ke sebuah lapanganterbang dan dimasukkan ke dalam sebuah kapalterbang. Sepanjang perjalanan kami diejek dan diugut. Aku dan saudara-saudara yang lain terdengar suara seorang wanita dan kanak-kanak. Salah seorang dari kami bertanya: “Saudari tidak apa-apa?” Tiba-tiba salah seorang dari polis atau askar datang mendapatkan kami dan berkata, “Diam!” Kemudian dia memberitahu wanita tersebut, “Jika kamu berkata-kata lagi selepas ini, aku akan menutup mata kamu dengan tape.” Tiada satu perkataan pun terkeluar dari mulut kami sepanjang penerbangan ke Nairobi... Aku cuba mengintai untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, aku terperasan bahawa bayi dan kanak-kanak perempuan itu adalah anak-anakku! Dengan tergesa-gesa aku cuba mengintai kesetiap sudut jika isteriku ada berdekatan. Apa yang terlintas difikiranku ialah: “Ya Allah! Di manakah dia? Tidak mungkin dia akan membiarkan bayi kami dijaga oleh orang lain. Dimanakah anak kami Muhammad?”
Selepas mendarat, aku ditarik keluar dengan yang lain. Aku tidak dapat menahan diri lagi. Ketika ditarik keluar, aku bertanya kepada wanita itu, “Saudari, kamu kenal isteri saya?” Dengan pantas dia menjawab “Ya!” Aku bertanya keberadaannya, dan wanita itu menjawab “Anak-anak perempuan kamu selamat.” Aku berteriak ketika ditarik keluar dengan keras: “Isteri dan anak lelakiku?” Sekali lagi dia berkata: “Anak-anak perempuan kamu tidak apa-apa, mereka selamat.”
Aku dicampak berlutut ke tanah. Aku mendengar kamera dipetik dan manusia di sekelilingku. Seorang lelaki datang bertanya dari mana asalku. Selepas aku memberitahunya, aku berkata: “Ada seorang wanita di atas kapalterbang tadi yang mengenali isteriku. Adakah keluarga aku selamat? Dia meninggalkanku sebentar dan kemudian berkata, “Keluarga kamu selamat...”
Aku dan yang lain kemudiannya di hantar ke sebuah penjara dengan berkaki ayam, tidak cukup makan dan teramat kotor. Duabelas orang telah disumbat ke dalam sel kami. Ianya teramat kotor, dengan hanya sebuah baldi untuk dikongsi sebagai tandas. Kami akan menghabiskan masa dengan memuji dan berzikir kepada Allah. Aku tidak pernah berzikir sebanyak itu sepanjang hidupku. Setiap malam, kamu akan dapati salah seorang dari kami bersolat malam silih berganti – seolah-olah ia adalah satu rutin yang telah ditetapkan.
Polis kerap kali menarik kami keluar untuk disoalsiasat, seorang demi seorang, selang sehari atau semalam. Kebanyakan kami diugut akan dibunuh atau dihantar semula ke Somalia dan diserahkan kepada pihak Etiopia! Hari-hari sebegini seolah-olah tiada penghujungnya, terlalu lambat masa berlalu... Apabila kami bertanya tentang kedutaan kami, mereka dengan pantas menjawab: “Kedutaan kamu tahu kamu berada di sini. Mereka tidak pedulikan kamu.”
Berita Tragis Mengenai Isteriku...
Pada suatu hari, ketika aku sedang duduk di atas lantai yang sejuk, aku menyuarakan keinginanku untuk bertemu isteri dan anak-anak. Aku meluahkan kegusaranku tentang kejadian yang berlaku di atas kapalterbang tempoh hari, walaupun aku diberitahu bahawa segalanya baik-baik sahaja. Salah seorang dari mereka merenungku dan kemudiannya berkata bahawa dia ingin bersolat. Aku kehairanan kerana sekarang ini bukan waktu solat. Setelah selesai bersolat dia berkata kepada lelaki yang berada di sebelahku: “Beritahulah dia...” Setitis airmata mengalir di pipiku... Aku mengerti sekarang apa yang ingin mereka nyatakan kepadaku. Aku merapatkan diri kepada lelaki itu, suaraku terketar-ketar, hati seperti dirobek tetapi aku tetap inginkan konfirmasi. “Beritahu apa?! Apa yang ingin kau beritahukan kepadaku?” kataku sambil menangis.
Katanya, “Kami diberitahu bahawa seorang wanita warga Amerika bersama tiga orang anak telah jatuh sakit dan meninggal dalam perjalanan. Mereka mengebumikannya sebagai seorang syahidah... Maafkan aku akhee...”
Aku bingkas berdiri, airmata jatuh bercucuran. Duniaku seperti sudah kiamat! Aku mundar mandir di dalam sel dan kemudian tersandar di dinding sambil menangis, “Jangan, jangan di sini! Jangan beritahu aku semua ini di sini! Tidak...tidak... Ya Allah, Ya Allah...” Salah seorang sahabat yang berusia agak lanjut memelukku dan dengan perlahan mengulangi dalam Bahasa Arab: “Sabar saudaraku... sabar; ianya datang dari Allah.” Badanku melorot sehingga aku terduduk di atas lantai. Dengan mata yang bergenang, aku memandang ke atas dan aku boleh nampak bahawa mereka semua menangis bersamaku. Aku bertanya tentang anak lelakiku; tiada siapa yang tahu. Aku melompat bangun dan memanggil pengawal penjara. Dia datang dengan sombongnya. Aku berkata, “Aku baru mendapat tahu bahawa isteriku telah meninggal dunia. Aku perlu tahu samada kesemua anak-anakku ada bersama kamu.” Dia berkata, “Macamana kamu boleh dapat maklumat itu?!” Dia membuka pintu lalu melayang-layangkan cotarnya sambil berkata, “Baik kamu jauhkan diri dari pintu ini dan diam sebelum aku pecahkan kepala kamu!”
Ujian Paling Getir
Ujian yang paling sukar sepanjang dugaan ini ialah apabila aku kehilangan sahabat karibku, isteriku, sayangku, ibu kepada anak-anakku. Semoga Allah menerimanya, ameen. Dia pernah memberitahuku sewaktu di Somalia bahawa pada waktu itu dia terasa begitu rapat dengan Allah dan dia mengidamkan syahid. “Sesiapa yang ingin bertemu Allah, Allah juga ingin bertemu dengannya.” Telah diketahui bahawa sesiapa yang melindungi nyawa, keluarga dan agamanya lalu terkorban maka orang itu dianggap syahid. Dia meninggal dunia ketika melakukan semua itu! Kami tahu tentang hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang meninggal dunia akibat demam dan penyakit dan wabak. Kita semua tahu tenang orang yang berhijrah kerana Allah dan mati dalam perjalanan. Aku tidak dapat mencari satu sebab mengapa dia tidak boleh dianggap syahid. Dia dapat apa yang diinginkan: dia tidak dimandikan, dikuburkan di negara yang dicintainya dan dia tidak mahu meninggalkannya.
Sebenarnya ini semua bukanlah sesuatu yang asing, kerana sepanjang pengetahuanku, setiap kali Umm Muhammad (semoga Allah menerimanya) mengangkat tangan berdoa Allah akan memakbulkannya. Sebagai contoh, selepas anak pertama kami dilahirkan, doktor memberitahu bahawa dia tidak akan boleh melahirkan anak lagi disebabkan komplikasi yang pelbagai. Alhamdulillah! Dia memberiku dua orang lagi anak perempuan – persis seperti yang dihajatinya!
Dia seorang yang simpel dan tidak meninggi diri, tidak pernah memandang rendah terhadap orang lain. Dia bukan dari jenis orang terpelajar, tetapi dia mengamalkan apa yang dia tahu. Jika kamu boleh buktikan bahawa perkara itu datangnya dari AlQuran dan Sunnah, dia tidak akan banyak soal lantas terus mengakui kebenarannya. Dia sangat bertakwa kepada Allah! Aku masih ingat bagaimana dia memberitahuku sambil menangis seolah-olah kehilangan orang tersayang, bahawa dia telah melakukan satu dosa yang sangat besar sewaktu dia baru memeluk agama Islam. Dia menjelaskan bahawa dia takut dosa itu tidak terampun. Aku bertanya apa sebenarnya yang telah berlaku.
Katanya dia pernah tersebut “Jesus Christ!” ketika sedang marah atau terkejut. Aku bertanya, “Adakah kamu menyerunya?” Dia menangis sambil berkata “Tidak,” dijelaskannya bahawa ia hanyalah suatu kebiasaan sebelum memeluk Islam tanpa ada sebarang konotasi (seperti kebiasaan orang-orang barat lain). Aku tertawa dalam kekaguman dan memberitahunya agar jangan risau lagi tentang perkara itu, dia tidak melakukan sebarang kesalahan, dan memandangkan dia sangat takutkan Allah sehingga risau akan sesuatu perkara yang biasa dilakukan oleh orang yang baru memeluk agama Islam menunjukkan bahawa dia sebenarnya seorang yang baik! Aku benar-benar merinduinya. Semoga Allah menerimanya dan menyatukan kami bersama anak-anak di syurga nanti, ameen.
Disoalsiasat oleh FBI
Selepas beberapa hari aku dikejutkan dengan berita kematian isteriku, aku dikeluarkan dari sel, ditutup mata, dirantai, ditutup teinga dan kepalaku dikelubung. Aku dimasukkan ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke suatu tempat lain. Aku hampir tidak boleh bernafas... apa yang aku fikirkan adalah: “Mereka akan menembakku.” Aku terfikir begitu kerana aku dapat rasakan jalan yang kami lalui bertukar dari jalan berbatu kerikil ke jalan tanah liat. Aku terfikir: “kepalaku dikelubung, telinga dan mata ditutup, jalan tanah liat, diberi layanan yang baik semalamnya... matilah aku.”
Aku terus-terusan mengucap dua kalimah sayhadah. Aku dibawa ke sebuah rumah rahsia (safe house) untuk disoalsiasat oleh pihak FBI. Semakin jelaslah sekarang bahawa ada orang yang telah membocorkan rahsia kerana mereka tahu kesemuanya. Tetapi apa yang menghairankan ialah “orang” itu telah banyak memberi maklumat yang salah, atau itu mungkin taktik yang disengajakan. Walaubagaimanapun, maklumat yang salah itu kemudiannya dimasukkan ke dalam rekodku, dengan dinyatakan bahawa ia diperolehi dari seorang saksi yang rapat denganku! Mana-mana maklumat terperinci yang betul pula telah membolehkan aku mengagak siapakah yang telah membocorkan rahsia itu sebenarnya. Aku sedar bahawa beberapa orang dari saudara yang aku kasihi telah membocorkan rahsiaku... aku memaafkan mereka, kerana keadaan begitu memaksa. Semoga Allah merahmati mereka.
Disatukan Semula Dengan Anak-Anak
Selepas itu aku ditempatkan di sebuah penjara yang lain dan kemudiannya dipertemukan dengan kedua-dua orang anak perempuanku! Aku bertanya kepada si kakak yang berusia empat tahun sambil memangku si adik yang masih bayi, “Apa yang telah berlaku kepada ibumu?” Dia menjawab dengan suara yang perlahan: “Ibu demam panas... dia pergi bertemu Allah... mereka masukkan dia ke dalam tanah...” Aku mendakapnya sambil menangis dan aku memberitahunya: “Ayah minta maaf, ayah minta maaf...” Kemudian aku bertanya kepadanya, “Abang kamu di mana?” Dia terdiam sejenak kemudian berkata, “Dia lari masuk ke dalam hutan... abang cuma memakai sebelah sandal sahaja ayah...” Aku bertanya kepada polis jika mereka ada terjumpa seorang budak lelaki. Jawab mereka tidak...
Malam itu aku ditempatkan di dalam sebuah sel dan anak-anakku dibawa ke tempat lain. Mungkin mereka diletakkan bersama wanita-wanita yang tertangkap bersama mereka atau bersama polis-polis wanita di seberang jalan. Aku bersyukur kepada Allah, memujiNya dan memohon agar keluargaku disatukan semula. Aku berdoa dengan berkata, “Engkaulah yang mengumpul maka kumpulkanlah keluargaku di sini!”
Aku dikejutkan oleh satu suara di meja penyambut tetamu. Aku kenal suara itu, seorang budak lelaki menjelaskan kenapa dia tida berada di sekolah. Ia adalah suara anak lelakiku! Aku bingkas bangun dan meneriak namanya menerusi pintu sel. Dia berlari melewati polis untuk mendapatkanku sambil menangis, “Ayah, Ayah ke tu?” Mereka membuka pintu tersebut lalu dia terus memelukku. Kami sama-sama menangis sambil berdakapan. Polis itu bertanya kepadaku: “Ini anak kamu?” Jelaslah bahawa mereka telah membawanya ke balai polis ini dengan tidak disengajakan.
Aku bertanya kepada Muhammad apa yang telah berlaku. Dia memberitahuku bahawa ibunya jatuh sakit dan mereka memberitahunya bahawa mereka akan membawa ibunya ke hospital yang berbatu-batu jauhnya di dalam hutan disebatang jalan yang menuju ke Kenya. Mereka berkata begitu untuk tidak merisaukannya. Muhammad sebelum ini berada bersama lelaki-lelaki yang bertugas untuk membawa para wanita merentasi perbatasan. Dia memberitahuku bahawa jet pejuang telah menyerang mereka dan masing-masing lari bertempiaran. Dia berkata dia ternampak perut “pakcik”nya terburai.
Dia menerangkan bahawa dia telah merebahkan diri dan apabila mereka datang sekali lagi, dia pun melarikan diri ke dalam hutan. Lelaki-lelaki tadi memanggil-manggil namanya tetapi dia tidak dapat menemui mereka. Dia kesesatan di dalam hutan selama dua malam, hidup dengan memakan buah-buahan kecil dan air yang kotor. Dia menjejaki tapak kakinya dan kembali ke kawasan perkemahan tetapi segalanya telah manjadi hitam dan rentung hinggakan tayar kenderaan pun cair.
Muhammad terjumpa sebuah kampung di mana “seorang lelaki yang mempunyai seekor lembu betina” mengajaknya balik ke rumah dan memberinya makan. Kemudian lelaki itu menyerahkannya kepada tentera Kenya. Keesokkan harinya, kesemua anak-anakku dibawa kepadaku, alhamdulillah!
Aku terpaksa memberitahu anak lelakiku tentang ibunya... Aku menerangkan kepadanya bahawa aku ada sesuatu yang agak perit untuk diberitahu kepadanya. Dia berdiri menunggu berita penting itu seolah-olah tiada apa yang tak kena. Kataku, “Ibumu telah meninggalkan dunia ini nak.” Dia berkata, “Tidak ayah, mereka membawanya ke hospital.” Aku memberitahunya: “Nak, mereka berkata begitu agar kamu tidak bersedih... maafkan ayah; ibumu telah meninggal.” Dia memandang kepadaku sambil mencebik, dan tanpa setitik airmata pun dia mendongak ke langit sambil berkata, “Itu ketentuan Allah. InsyaAllah saya akan bersamanya di dalam Syurga nanti.”
Aku seakan tidak percaya bagaimana tenang dia menghadapi berita ini; reaksinya penuh keimanan! Aku memeluknya sambil berkata, “Maafkan ayah.” Dia memberitahuku, “Ini bukan salah ayah! Ayah telah membuat yang terbaik! ”Aku adalah seorang lelaki berusia 28 tahun yang telah melalui pelbagai ujian, dan wiraku adalah seorang wanita yang telah meninggalkkan dunia ini dan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun...
Gema Layanan Ala-Guantanamo

Akhirnya, aku dan anak-anak dikeluarkan dari penjara dan dinaikkan ke sebuah kapalterbang menuju ke Amerika. Aku terpaksa menandatangani beberapa helai kertas yang memberi hak penjagaan sementara kepada ibubapaku memandangkan aku kini “berada dalam keadaan yang agak tidak menyenangkan” - seperti mana kata salah seorang agen FBI. Kami mendarat di sebuah lapanganterbang tentera di mana aku dan anak-anak diasingkan. Agen-agen itu memberi kami peluang untuk mengucap selamat tinggal. Mereka berjanji bahawa anak-anakku akan dilayan dengan baik dan akan dihantar terus ke ibubapaku. Mereka mengkotakan janji tersebut.
Aku tinggal di kem itu selama tiga hari. Setelah kebuluran di dalam hutan dan dipenjarakan di Kenya, aku berasa seolah-olah berada di hotel lima bintang!
Agen-agen di situ menerangkan bahawa aku akan dibawa pergi keesokkan harinya dan agen-agen yang akan memindahkan aku nanti tegas-tegas belaka orangnya. Apabila agen-agen ini tiba, mereka memberitahuku bahawa aku tidak dibenarkan bersolat sama sekali, atau menggunakan tandas dengan pintu tertutup. Alhamdulillah! Aku sempat melakukan salatul khauf.
Esoknya mataku ditutup, telinga disumbat dan dipekup. Aku dirantai – tangan diikat ke dada dan kaki juga dirantai. Dalam penerbangan yang lebih kurang 24 jam lamanya, aku tidak dapat mendengar, melihat atau menyentuh apa-apa pun... Tak dapat nak digambarkan pengalaman itu melainkan seseorang itu mengalaminya sendiri.
Untuk bersolat, aku terpaksa menyelinapkan tanganku untuk menyapu tapak kasut bagi mendapatkan tanah untuk bertayammum agar aku dapat melaksanakan solat khauf. Alhamdulillah! Sepanjang dugaan ini aku tidak pernah meninggalkan solat walaupun satu waktu. Dan inilah kelebihan ilmu walaupun sedikit.
Dikurung Bersendirian dan Hukuman
Kami mendarat di Houston dan aku segara ditempatkan dalam kurungan bersendirian tanpa sebarang hubungan manusia. Aku terus berada di sini sehingga kini. Aku mengaku “menerima latihan dari organisasi teroris luar negara” agar tuduhan kedua iaitu “berkonspirasi untuk menggunakan alat ledakan di luar Amerika Syarikat” digugurkan. Tuduhan itu membawa hukuman maksima penjara seumur hidup dan denda sebanyak $250,000. Aku dihukum penjara selama sepuluh tahun dan denda $1,000. Jika aku berkelakuan baik di dalam tahanan, ia akan dikurangkan menjadi lapan tahun. Memandangkan aku kini berada di Penjara Persekutuan, aku tidak layak untuk parol. Oleh itu paling kurang pun aku akan terpaksa menjalani hukuman selama lapan tahun, kecuali jika ada maklumat baru yang menyatakan bahawa aku tidak bersalah dsb. Aku tidak berniat ke Somalia untuk berperang. Aku sudah tentu tidak akan membawa anak-anak dan isteriku masuk ke zon peperangan. Situasi tiba-tiba meledak sewaktu aku berada di sana.
Aku hidup di dalam sebuah sel yang mempunyai sebuah katil, sinki, pancur, tandas dan meja selama 23 jam sehari. Aku makan dan menerima kesemua “item sanitari”ku di dalam sel ini. Aku hanya dibenarkan keluar sejam sehari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu. Aku menghabiskan masa dengan membaca Quran atau sebarang buku berkenaan Islam dan berzikir. Kita diletak di atas bumi ini untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selagi kita mampu melakukannya, itu sudah memadai!
“Apa yang musuhku boleh lakukan kepadaku? Syurgaku terletak di dalam hati; ia tetap bersamaku ke mana sahaja aku pergi. Jika mereka membunuhku, ia dianggap syahid. Jika mereka mengnyahkanku dari tanahairku, ia adalah suatu percutian di Jalan Allah. Jika mereka memenjarakanku, itu bermakna aku dibenarkan untuk beribadah secara bersendirian kepada Allah” Sheikh–ul–Islaam Ibn Taymiyyah
Assalamu Alaikum wa Rahmahtullahi wa Barakatuhu.
Kami ingin meminta para pembaca berdoa agar Daniel segera dibebaskan, agar dia disatukan semula dengan keluarganya dan dia tetap dengan agamanya. Semoga Allah menerima kematian Umm Muhammad dari penyakit Malaria ketika melindungi nyawa, harta dan keluarganya sebagai syahid, ameen.
Artikel asal boleh didapati di cageprisoners.com

No comments:

Post a Comment